Wednesday 11 May 2011

UPGRADE bacaan AL-FATIHAH


Marilah bergembira dengan kegembiraan Rasulullah S.A.W. Apakah perkara yang membuat Rasulullah rasa gembira?. Banyak faktor yang mengembirakan hati Baginda S.A.W ialah nuzulnya surah al-fatihah.

Nuzulnya surah yang dinamakan Thab'ul Mathani, Ummul Kitab dan Fatihatul Kitab. Bukan sahaja gembira, bahkan baginda rasa bahagia, senang dan terhibur (Hidangan Al-Quran: DR A-IDH ABDULLAH AL QARNI)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id bin Abi Al Mu'alla, beliau menceritakan: Ketika aku sedang solat di dalam masjid Rasulullah S.A.W memanggilku, namun aku tidak menjawabnya. Setelah selesai (solat) aku pun menghadapnya dan berkata, " wahai Rasulullah, waktu Engkau memanggilku aku sedang melakukan solat". Maka Rasulullah, berkata: Bukankah Allah telah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu." (al-Anfal: 24)

Kemudian Rasulullah S.A.W melanjutkan sabdanya:
" Sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu, surah yang paling agung yang telah diwahyukan kepadaku sebelum kamu keluar daripada masjid". Manakala Abu Sa'id hampir keluar dari masjid, Rasullulah S.A.W mengajarkannya sural Al-Fatihah." ( Riwayat Al-Bukhari)

TIDAK SERIUS

Dikalangan umat islam, kelihatannya ramai yang tidak bergembira dengan kegembiraan Nabi S.A.W ini. Ini dilihat daripada sikap mereka yang tidak serius dan bersungguh-sungguh mempelajari surah Al-Fatihah yang agung ini. Bahkan, ia telah disyariatkan Allah kepada kita supaya membaca dan mengulangi di dalam solat fardhu lima waktu.

Hari ini, ramai orang yang solat dengan bacaan Al-Fatihah yang teruk kerana jahil mengenai makhraj huruf dan segala hukum berkaitan ilmu tajwid. Lalu, banyak sekali kesalahan-kesalahan yang besar dan ketara di dalam bacaan Fatihahnya.

FIKIRKANLAH. Apa yang terjadi bila yang rosak bacaan Al- Fatihahnya itu seorang imam yang memimpin dan menanggung solat orang ramai?? bukan sahaja solatnya sahaja yang tidak sah bahkan solat sekalian makmumnya juga turut serta rosak dan tidak diterima.

Inilah masalahnya bila kita tidak mahu bermuhasabah dan memperbaiki diri. Entah malu ataupun ego yang menjadi penghalang kita untuk meendah diri menuntut ilmu, bertanya kepada orang yang lebih mengetahui serta bersifat terbuka dan berlapang dada apabila ada orang yang mahu menegur bacaan dan memperbetulkan kesalahan kita??

Sungguh pelik, apabila kereta kita rosak kita ada masalah, tahu pula kita menghantarnya ke bengkel untuk dibaiki dengan kadar segera namun apabila bacaan atau pergerakan dalam solat kita bermasalah, tak mahu pula kita menghadap dan menghantarkan diri kita kepada guru-guru yang boleh membetulkannya.

Alangkah peliknya, apabila kita sering mengUPDATE laman sosial kita di internet serta tak jemu-jemu pula mengUPGRADE telefon bimbit dan komputer kita, tapi kita bermalas-malas, tidak minat, tidak bermotivasi dan tidak mahu mengUPDATE dan mengUPGRADE pemahaman dan penghayatan ajaran agama kita.

Sikap kita yang tidak serius mempelajari surah Al-Fatihah, memahami isi pengajarannya,mengelokkan bacaannya dan menghayati hikmat-hikmatnya, menjadi petunjuk jelas yang kita tidak rasa gembira dengan Ummul Kitab ini bahkan tidak mahu berkongsi gembira dengan kegembiran RAsulullah SAW. Inikah yang dikatakan keimanan dan kecintaan yang sempurnan terhadap Nabi SAW?

Marilah kita bergembira dengan surah Al-Fatihah yang mulia ini. Bila kita gembira, bersyukur dan mneghayati surah ini, maka bertambahlah kegembiraan Rasulullah SAW. ketahuilah, ketika turunya surah ini iblis meraung dan menatap pilu sekuat hatinya sebagaimana yang disebut oleh Iman Mujahid. Sudah tentu keagungan dan kehebatannya di sisi ALLAH S.W.T


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...