Wednesday 27 July 2011

Poligami –Hakikat berkongsi kasih.



Ramai gadis di luar sana yang kesunyian hati dan jiwa nuraninya kerana masih membujang. dari segi pembangunan insan dan kemaslahatan bangsa, agama dan negara pula, sebenarnya, anak-anak gadis ini perlukan perlindungan dari lelaki; baik berupa bapa mahupun suaminya.

sebenarnya, perlindungan atau naungan dari kaum adam ini adalah fitrah kejadian hawa itu sendiri. andai mereka bersendirian, tidak berada di bawah jagaan bapa atau suami, maka wanita mudah kelam kabut, tertekan dan mengharungi kehidupan dengan sukar walaupun mereka mampu.

Malangnya, betapa ramai pula lelaki yang sepatutnya memegang amanah pemimpin khalifah Allah di muka bumi ini merupakan insan yang rapuh dan tidak dapat dijadikan dahan tempat berpaut apalagi untuk bergantung.
lalu, ada masa dan ketika poligami yang dihalalkan oleh Allah menjadi jawapan kepada permasalahan ini. namun, betapa ramai juga para isteri yang cukup sensitif dengan isu ini. seolah-olah poligami adalah satu hukum Allah yang sangat zalim kepada para isteri.

Memperkatakan tentang poligami dan hal-hal yang berkaitan , rasanya takkan mungkin ada kesudahan. namun, hukum Allah tetap hukum Allah. takkan mungkin boleh diubah-ubah mengikut keperluan.

Salah satu sebab mengapa poligami ditentang hebat oleh para isteri adalah kerana gagalnya institusi poligami itu sendiri atas faktor-faktor tertentu. antaranya kecenderungan para suami pada isteri yang baru dinikahi hingga mengabaikan isteri sedia ada.

Namun, gagalnya poligami juga kerana ketidaksediaan suami memikul tanggung jawab baru dan telah biasa dengan isteri sedia ada yang faham akan karenah serta kehendaknya tanpa perlu melalui situasi serba baru yang kekadang memenatkan.

Terdapat kes yang melaporkan suami tidak berfikir panjang semasa menerima amanah baru dan menyangka yang mereka mampu menangani karenah dua isteri, malangnya, realiti keadaan tidak semudah yang disangka. lalu, peribadi suami yang tidak bersandar pada kekuatan keimanan sejak dari mula, tidak akan mendapat pertolongan spritual yang sangat diperlukan oleh para pemimpin, walaupun pemimpin pada diri sendiri apatah lagi mahu memimpin 2 bahtera.

Faktor wanita pula, baik dia isteri pertama, ataupun dia isteri kedua, hakikat mahu memiliki dan menguasai suami tetap wujud. yang pertama menganggap dia berhak, kerana suami itu miliknya dan menganggap yang kedua sebagai perampas. manakala yang kedua pula menganggap dia juga berhak kerana kalau suami tidak mahu masakan dia mencari isteri kedua, mesti terdapat kekurangan pada madunya. sangkaan sangkaan yang tidak wajar seperti ini juga merupakan faktor penyumbang kepada institusi poligami yang gagal.

Semua pihak, baik dia suami, isteri pertama mahupun kedua, ketiga dan keempat serta masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing.
suami perlu menyiapkan diri selengkapnya sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua rumahtangga dan perlu pula memiliki ilmu poligami andai mahu berpoligami. jangan sekali-kali melangkah masuk ke alam poligami andai ilmu dan keimanan kosong di dada. ibarat meyorong kepala untuk dijerut. bak kata pepatah, kalau tidak tahan dilambung ombak , jangan berumah di tepi pantai.

Isteri pertama pula, jangan sekali-kali menganggap suami itu sebagai hak kita. kita tidak memiliki suami kita, suami adalah nikmat yang Allah anugerahkan kepada para isteri. yang melindung dan menaungi kita dengan kasih sayangnya. ketaatan kita hak suami. dan syurga kita terletak di bawah tapak kakinya. keredhaan allah, datang dari keredhaan suami. mahu allah redha, maka suami perlu redha dulu pada kita.

ingatlah pesan rasul;
‘tidak aku berdiri di hadapan pintu syurga melainkan kulihat ramai yang lemah dan fakir di dalamnya dan  tidak aku berdiri di hadapan pintu neraka melainkan kulihat ramai yang kaya dan wanita di dalamnya.’ lalu tanya para sahabat; mengapa begitu ya rasulullah, adakah kerana mereka mengabaikan suruhan allah. 

jawab rasul; ‘tidak, kerana mereka mengingkari nikmat suaminya.’
‘barang siapa isteri mengatakan kepada suaminya, aku tidak pernah menerima sebarang kebaikan pun darimu, maka terhapuslah 70tahun amalan mereka’
isteri kedua pula, jangan mahu memiliki suami dan menganggap diri yang terbaik. sesungguhnya tidak jatuh pandangan allah kepada orang yang sombong dan allah hanya melihat pada hati hambaNya bukan pada yang lain.

Masyarakat pula tidak boleh memandang serong kepada orang yang berpoligami, adakah benar isteri pertama tidak tahu menjaga suami? adakah benar isteri kedua itu perampas kebahagiaan , adakah benar suami yang berpoligami itu gagal dan bernafsu besar?

Hakikat kebenaran bukan pada kita untuk menelahnya. bimbang salah telah., Allah pulangkan qada’ dan qadar pada kita. dan jangan banyak prasangka kerana banyak prasangka itu dosa.

Namun, walau poligami dihalalkan Allah, yakinlah tidak masuk ke dalamnya melainkan insan-insan terpilih. lalu, jangan sekali -kali dijadikan taqdir poligami sebagai penentu kebahagiaan. yakinlah orang berpoligami juga mampu bahagia kerana bahagia itu terletak di hati bukan pada orang, situasi dan sebagainya. hati pula milik allah.

Malah, betapa ramai perkahwinan monogami menemui jalan buntu dan akhirnya perceraian juga jalan penyelesaiannya.

Hakikat berkongsi kasih, walau nampak perit tetapi tukarlah keperitan itu dengan rasa bahagia. masukkan bahagia dengan kenyataan-kenyataan;
tidak Allah izinkan sesuatu melainkan itu yang terbaik untukku. mungkin aku tidak akan sedar betapa nikmat suami itu andai tidak berpoligami. aku banyak ‘take things for granted ‘ dan tidak tahu bersyukur.

Betapa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan setiap qada dan qadar itu telah tertulis untukku. dan setiap qada’ dan qadar itu pula pastinya akan ada ganjarannya. kalau tidak di dunia, di akhirat yang abadi.
semoga allah menjadikan dugaan ini sebagai pahala untukku dan semoga allah menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

moga dengan ilmu, hidup ceria selalu.

semoga bermanfaat...(^____^)

Saturday 16 July 2011

Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan


Jangan Ada Benci Di Hati
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
  1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
  2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
  3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
  5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
  6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
  8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akanmenyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
  9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
  10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
  11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
  12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
  15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
  16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka
Berjihad itu WAJIB

    Thursday 14 July 2011

    GOLONGAN yang tidak layak MELIHAT WAJAH ALLAH



    1- Isteri yang tidak bersyukur kepada suami.

    2- Pemerintah yang tidak mengambil berat tentang kesusahan orang bawahannya.

    3- Orang tua yang melakukan zina.

    4- Pemerintah yang menipu.

    5- Mereka yang meninggi diri dan takabbur.

    6- Penghalang pengaliran alir atau menyekat saliran air.

    7- Mereka yang bersumpah kerana perkara keduniaan.

    8- Mereka yang menderhakai kedua ibu bapa.

    9- Mereka yang menyerupai kaum berlainan jenis.

    10- Mereka yang dayus dengan isteri.

    11- Mereka yang melakukan amalam kaum Lut ( Liwat ).

    12- Lelaki atau wanita yang miskin lagi sombong.

    13- Mereka yang melabuhkan pakaian.

    14- Penjual yang menipu.

    15- 
    Mereka yang sanggup menjual hukum Allah SWT dan Iman dengan perkara dunia yang sedikit nilainya, berbanding dengan ganjaran di Akhirat yang lebih bermanfaat. 



    Semoga memberi manfaat padamu..(^___^)



    Sabar senjata mulia hadapi ujian

    Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat
    IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.
    Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.
    Allah berfirman yang bermaksud:
    “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)
    Firman-Nya lagi yang bermaksud:
    “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)
    Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)
    Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:
    “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
    Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.
    Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.
    Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.
    Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.
    Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan sabar menghadapi ujian Allah. Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah tidak menafikan sifat sabar.
    Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya’kub ketika baginda berkata:
    “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,” (Surah Yusuf, ayat 86).
    Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah, manakala bersabar terhadap ujian Allah seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah.
    Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.
    Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.

    Sunday 10 July 2011

    Ketahuilah Oleh Mu Wahai Insan.





    Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.

    Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.

    Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.

    Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.



    Sunday 3 July 2011

    Kurang Asam

    Kurang Asam ......

    Rindu akan perkataan itu . Yelah , kata-kata tulah yang boleh buat saya bersemangat walau dalam kedukaan . Kelakar kan , tapi , itulah hakikat . Tapi , untuk coretan kali ini , bukan mahu di bicarakan tentang kurang asam , namun saya ingin bicarakan tentang CINTA


    Kita selalu mendangar orang bercinta . Kita selalu mendengar orang jatuh cinta . Kadang kala juga , kita juga terdengar orang putus cinta . Cinta ohh Cinta . Begitu nikmat bila ia dibicarakan . Namun , sejauh mana cinta itu dekat dengan kita . Malah , sejauh mana cinta itu boleh diredhai ALLAH . Sebagai hambaNYA , kita haruslah berfikir dahulu sebelum melafazkan cinta . ya , sebut cinta , semuanya mudah . Kalau tak percaya , cuba anda katakan cinta . Cinta . Tengok , mudah kan...Tapi tak semudah itu bila anda melafazkan cinta . Bila kita hendak melafazkannya , kita mestilah berfikir 360 darjah , 3 demansi .

    Kenapa mesti 360 darjah , 3 demansi ? Jawapannya ada pada anda . Jika kita sebagai seorang pelajar , jawpannya lain . Jika kita seorang pekerja , jawapannye juga lain . Itu kalau , cinta yang dalam hati itu benar-benar ikhlas . Contohnya bila hati dan fikiran kita berfikir tentang jam tangan . Apakah pandangan kita pada jam tangan tersebut ? Hadapannya sahajakah ? Warnanya sahajakah ? Talinya sahajakah? Itulah lah yang kita perlu  fikirkan pada konteks cinta .

    Jika kita membicarakan tentnag cinta , kita boleh kaitkan cinta ini dengan garam . ya , garam . Hidup pula ibarat makanan. Jika kita layarkan hidup kita dengan baik malah , diselitkan ketaqwaan kepada ALLAH , pasti kita merasai akan kenikmatannya malah ketenangan juga boleh kita capai melaluinya . Begitu jugalah dengan makanan , kita mahukan makanan kita itu , lazat , sedap dan enak . Malah , kita juga mahu makanan kita itu juga boleh mengenyangkan kita , tapi , asas kepadanya ialah garam .

    Hidup ini juga perlukan cinta sebagai mana , makanan perlukan garam . Namun , andai garam yang kita adunkan didalam makanan tersebut terlalu banyak , mungkin , ia akan mencacatkan kelazatan makanan tersebut . Malah , jika kita amalkan makanan yang berlebihan garam , penyakit pula datang menyerang . Begitu juga dengan cinta , andai cinta yang kita sematkan didalam diri dan jiwa itu terlebih kandungannya , pasti jiwa kita yang merana . Tetapi , andai cinta yang kita sematkan itu , secukup rasa dan semanis bicara , pasti , kedamaian dan ketenangan yang kita cari pasti muncul .

    Cinta ohh cinta . Memang manis bila dibicarakan , namun cinta pada ALLAH lebih manis jika kita usik hati kita . Bila kita berbicara tentang cintakan ALLAH , ketaqwaan mesti diletakkan pada tingkat yang atas . Selangkah kita kepadNYA , Berlari ALLAH datang mendapatkan kita . Bila kita singkap kisah Rabiah Adawiyah , pasti kita terbuka melihat kecintaannya kepada ALLAH . Sanggup melakukan apa sahaja asalkan , kasih dan sayang ALLAH , tidak pernah terlepas .


    Andai kita letakkan cinta pada ALLAH itu sebagai yang utama , pasti cinta pada ciptaannya juga tidak terlepas . Namun  jika kita letakkan cinta pada ciptaanNYA , sebagai yang utama , pasti kerugian datang mengginggap kita . Bercinta pada manusia , bertujuan mendapat keredaanNYA malah , ia juga sebagai tanda kesyukuran kita kepdaNYA . Bukankah kita telah diciptakan berpasangan untuk saling berkasih sayang . PERCINTAAN apabila dikemudikan dengan ISLAM, dilayarkan dengan KASIH SAYANG, takkan hilang arah tujuan andai muatannya adalah IMAN.

    Andai kita laburkan cinta kita kepada manusia , dan selagi cinta itu belum menjadi halal lagi , pastikan , segala batas- batasnya dan hak-haknya perlu dijaga . Ingat amaran Tuhan kepada mereka yang mengikut hawa nafsu dan mereka yang selalu mengikut jejak langkah syaitan dalam percintaan dan dalam semua hal . Nasihat menasihati amatlah penting ke arah kebaikan . Tunaikan kewajiban yang utama dahulu berbanding orang yang anda cintai . Jika andai sorang lelaki , tanggungjawab anda sangat lah berat dan fikir-fikirkanlah sesuatu perkara itu sebelum di laksanakan .

    Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Bila kesuburan cinta kepadaNYA , pasti cinta dari ciptaanNYA datang mencari kita . 

    Inni Akhafullah(sesungguhnya Aku Takotkan Allah)


    Ya Allah, Jangan biarkan aku bebas
    membawa diriku sendirian di dunia
    Ujian-MU ini,
    Jangan biarkan aku sendiri,
    Jangan biarkan aku terus hanyut di bawah arus hawa Nafsu du lautan ujian-MU
    pegangilah,pemimpinlah aku menuju REDHA-MU

    Akan aku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
    kerna aku takut akan seksaan dari Allah
    Sukarnya diriku mengerti dirimu
    pada nilai dan hanya dirimu
    Apa yang ku tahu diriku teruji
    dengan keagungan wajahmu

    Andai dikau menjelma ku bagai tak berdaya
    Bergetar naluri di hati
    lambaian sang bidadari
    kaburi mata ini
    haruskah ku mencari
    Apa yang tak pasti..

    ku menjauhi..
    Tak mahu ku tempuhi perjalanan suram ini
    ku menjauhi 
    daripada ku teruji
    Apa yang tak pasti

    Dikala kau menjelma
    ku bagai tak berdaya 
    bergetar naluri di hati
    senyuman sang bidadari
    kaburi mata ini haruskah aku mencari
    Apa yang tidak pasti

    Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindari diri,
    kerna aku takot akan seksaan dari Allah
    ku lari jauh dariMU..dari ujian ini..
    INNI AKHAFULLAH

    Friday 1 July 2011

    Poligami, Bukti Keadilan Hukum Allah, Kecemburuan dan cara mengatasinya



    Kecemburuan dan cara mengatasinya
    Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Karena kecemburuan yang melampaui batas bisa menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, yaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
    ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنزلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
    Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka.” (QS. Muhammad: 9).
    Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum laki-laki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, karena hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, yaitu para istri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.
    Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela. Yang menjadi pedoman dalam hal ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Atik al-Anshari radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, ‘Sesunguhnya, di antara sifat cemburu ada yang dicintai oleh Allah dan ada yang dibenci-Nya, adapun kecemburuan yang dicintai-Nya adalah al-ghirah (kecemburuan) terhadap keburukan, sedangakan kecemburuan yang dibenci-Nya adalah kecemburuan terhadap (perkara) yang bukan keburukan.
    Sebab-sebab yang mendorong timbulnya kecemburuan yang tercela (karena melampaui batas) adalah:
    - Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    - Godaan setan.
    - Hati yang berpenyakit.
    - Ketidakadilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari istri-istrinya.
    - Rasa minder dan kurang pada diri seorang istri.
    - Suami yang menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang istrinya di hadapan istrinya yang lain.
    Adapun cara mengatasi kecemburuan ini adalah:
    - Bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    - Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.
    - Menjauhi pergaulan yang buruk.
    - Bersangka baik.
    - Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan lapang dada).
    - Selalu mengingat kematian dan hari akhirat
    - Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.


    "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia". [hadis riwayat Muslim]
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...