Wednesday 26 December 2012

Mana menghilang.....

Alhamdulilah...
syukur ke hadrat ilahi kerana Allah masih memberi peluang kepada diriku ini untuk bernafas  uuuuuuuuhh! dan sujud kepadaNYA..Alhamdulilah..alhamdulilah...^___^...

Mana menghilang???,,haaaa apa yang hilangnya...


Ana memohon sejuta kemaafan kerana sudah terlalu lama tidak menaip-naip..tet..tik..tik..tik heheh....kerana terlalu sibuk menyiapkan thesis master...^_____^.....






nak tulis apa lagi ye????...toing...toing....^____*









nanti  ana fikir-fikirkan ye..










nie msti selalu intai blog ana kan kan..kan..apa senyum3..???heheehe...tq...rinduuu la tuuuuuu WERKK..:-P





"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."






Saturday 31 March 2012

Ya Allah Bolehkah Aku Mencintainya?



Ya Allah bolehkah aku mencintainya?
Ya Allah bolehkah aku menyayanginya?
Ya Allah bolehkah aku merindunya?
Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku
aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri
aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini
kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini?
dan sampai saat ini belum aku  temui jawapannya.
Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku
kan kupasrahkan semua kepadaMu.
jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku
tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati.
Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku
kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua
meskipun sakit untuk menanggungnya.
Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan  barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan…
Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi…..
untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warahmah kelak bersama suamiku nanti.

^____^ hi.hi.hi..berangan kan?..xmalu..

Monday 20 February 2012

Sakit itu Satu NIKMAT


Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh kepada pembaca yg dikasih Allah , moga dirahmati ('',)
Toink...Toink..kaffarah dosa..
Tiga hari badan makin tidak selesa, awalnya perut rasa sangat tidak selesa, kerana terlalu tahan sakit, badan terus demam.hehe. Allahuakhbar, lemahnya manusia ini kan. Tak tahan sakit betul ana .hehe Sakit-sakit pun sempat lagi berceloteh di dalam blog ini. Awal pagi yang tenanng, Ana mencari2 kisah tentang sakit itu nikmat. Menarik sekali untuk perkongsian semua. Di luar sana ramai lagi insan2 yang diuji dengan pelbagai penyakit. Ada yang berat dan ringan. Masing2 ada reaksi yang berbeza, ada yang bersabar tetapi ramai juga terus mengeluh panjang. 
Jom tenangkan hati dengan mengetahui nikmat sakit dalam kehidupan kita...semoga kesakitan menambahkan lagi keimanan, Ana doakan kepada sahabat2 yang menderita penyakit tertentu, moga Allah terus tingkatkan kesabaran kalian, semoga cepat sembuh ya ('',)
Nikmat Peringatan
Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.
Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Maka wajiblah kita memperingatkan diri
Allah SWT berfirman:
“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.
“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?”Surah At-Tawbah ayat 126.
“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.
Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.
Penutup: Maka bersyukurlah atas nikmat ini
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
MasyaAllah… sudahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan, buat makar, buat onar, dll - tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Bukankah kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

Monday 6 February 2012

Muhasabah Pencetus Keinsafan




Keinsafan lahir daripada hati yang ikhlas bagi berubah. Oleh itu, ia perlu ditetapkan dalam setiap perbuatan kita. Keinsafan juga adalah hidayah daripada Allah. Demi mendapatkan keinsafan ini, kita perlu beristiqamah dalam bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Manusia yang tiada keinsafan diri adalah manusia yang tidak pernah meletakkan dirinya dalam perhitungan kepada apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Dalam kehidupan sebagai manusia, kita sering sahaja terlupa dan tersasar. Oleh itu, adalah penting bagi kita bermuhasabah diri,menilai kembali,cuba mencari kelemahan diri lalu memperbaikinya supaya kita tidak mengulangi kesilapan dan kebodohan yang sama. Ia juga berupaya meningkatkan keimanan kita dan hidup kita pasti menjadi tenteram dan bahagia di bawah perlindungan,rahmat dan keredhaanNya.

Sememangnya usaha memperbaiki diri ini bukan perkara yang mudah. Ia menjadi sukar sekiranya tiada kesanggupan yang sebenar daripada dalam diri. Menjadi sensitif kepada diri dan apa yang kita lakukan membantu kita beristiqamah dalam bermuhasabah diri, kita perlu menghitung segala apa yang pernah kita lalui sepanjang perjalanan harian kita.

Tanya kepada diri anda semua,pada hari ini berapa banyakkah kebaikan dan kejahatan yang sudah kita lakukan?. Kita perlu takut kepada kejahatan yang pernah kita lakukan, manakala segala kebaikan yang pernah kita lakukan tidak perlu diingat dan seperti mengharapkan balasan serta riak dengan kebaikan itu. Oleh itu,kita pasti  berada dalam kerugian. Allah berkata "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa." Surah an-Nisak,ayat 36..

Salam muhasabah diri ye..^___^..


Ada Jodoh tidak kemana


Adakah benar jodoh tidak perlu dicari kerana ia datang sendirinya? Bak kata pepatah, “ Ada jodoh tidak ke mana”.Bagaimana pula sekarang ini? Kita lihat ramai yang tidak kesampaian jodohnya sehingga ke akhir usia. Namun, jangan kita lupa ramai juga yang mencari jodoh tetapi jodohnya tetap tidak kunjung tiba. Perumpanaan ini begitu besar pengertiannya apabila kita perlu menyakini yang Allah jua yang memberikan takdir kepada hambaNya. Sebagai wanita sudah pasti sekiranya wanita yang mencari lelaki, ia kelihatan seperti perigi mencari timba. Apabila wanita yang terlebih dahulu memulakan langkah dalam mencari jodohnya pasti dipandang serong. Adilkah begitu??

Sememangnya kita perlu menyakini jodoh itu akan sampai kepada kita dengan cara yang baik dan bukannya dengan menjual maruah diri. Bukan dengan menjaja Cinta ke sana dank e sini. Jodoh akan datang tatkala Allah mentakdirkan pertemuan dengan pelbagai cara, situasi dan masa. Sekiranya kita sudah bertemu dengan jodoh yang dirasakan sesuai untuk kita, namun ada kalanya Allah menghalangnya pula dengan pelbagai cara.

Oleh itu,sebagai insan yang sering mendambakan keredhaan dan rahmat dariNya, serahkan jodoh kita itu kepada Allah dan serahkan kepadaNya. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh melanggar syariat Islam serta menjatuhkan maruah diri semata-mata hanya kerana mahu mengejar jodoh. Andai kata hati sudah berkenan,lakukan perkara yang sewajarnya dengan saluran yang betul. Bercinta dengan cara yang tidak halal dapat membawa kepada kemungkaran. Bagi remaja yang merasakan sekiranya belum berpasangan menandakan diri kita tidak hebat, itu pemikiran yang silap. Belajar dan kejar ilmu terlebih dahulu kerana sekiranya sudah sampai jodoh kita, ia tidak akan ke mana. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..


Tuesday 17 January 2012

Peringatan diriku yang sering lupa





Setelah sekian lama kita mengecap nikmat kurniaan Ilahi di dunia ini, ayuhlah kita menghitung sejauh mana kita sudah mensyukuri nikmat yangtelah disirami ke atas kita oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang. Ayuhlah kita menghisab diri kita,mudah-mudahan kita sedar sejauh mana kita telah mentaati titah perintah-NYA :

1. Ketika kita sembahyang, zahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kepada Allah, tetapi hati dan ingatan kita dimana ? Adakah juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadduk serta rasa rendah diri dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT ? Ataukah hati kita terbangmenerawang ke merata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Perkasa ?

2. Pernahkah kita merasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada-Nya, merasarendah diri dan hina, menyesali dosa dan kelalaian, mengingati-Nya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti pada-Nya ?

3. Kalau ada orang Islam yang sakit dan menderita atau miskin, adakah hati kita rasa belas kasihan untuk membantu atau tolong mendoakan dari jauh agar kehidupan mereka diselubungi sifat sabar dan redha ?

4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sambil menangis kerana taubat kita terlalu sedikitberbanding dosa kita yang menggunung tinggi yang menjadi asbab kitamenjadi bahan bakaran api neraka ?

5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh mendatangi kita bila-bila masa ? Seandainya kita dijemput kembali ke pangkuan Allah dalam keadaan berlumuran dengan dosa alangkah malangnya nasib kita.

6. Ketika kita menerima rezki atau taqdir yang tidak seperti kita idamkan, dapatkah hati kita rasa sabar dan redha serta syukur keranan ketentuan Allah telah mengatasi kehendak kita sebagai tanda Maha Berkuasanya Allah dan maha lemahnya kita ?

7. Di waktu mendapat nikmat, terasakah hati kita bahawa nikmat itu merupakan pemberian dan pinjaman Allah untuk kita syukuri ? Atau apakahnikmat tersebut kita gunakan untuk menunjuk-nunjuk, berlaku ujub dan riyak kepada makhluk Allah yang kurang bernasib baik ?

8. Seandainya kita miskin dapatkah kita rasa bahagia dengan kemiskinan dan rasa lapang kerana diakhirat nanti Rasulullah SAW akan dibangkitkanbersama-sama orang yang miskin ?

9. Kalau ada orang yang mencerca kita, mampukah hati kita berlaku tenang tanpa susah dan sakit hati, serta menganggap cercaan itu sebagai kifarah dosa untuk kita jadikan cermin buat memperbaiki diri kita menuju ke negara yang kekal abadi ?

10. Di kala kita menganiaya seseorang dan berlaku salah dengan manusia yang lain, datangkah rasa takut akan kemurkaan Allah pada kita dansanggupkah kita menyusun sepuluh jari untuk memohon keampunan maaf sambil mengaku kesalahan kita ?

11. Allah anugerahkan deria penglihatan kepada kita, apakah kita gunakannya untuk melinangkan air mata di atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dengan penuh rasa kesal atau apakah kita gunakannya untuk melihatperkara-perkara yang dilarang oleh Allah ?


Oleh itu marilah sama-sama kita renungi ke dalam diri kita, apakah kita peka kepada titah perintah Allah atau sebaliknya ? Jadikanlah setiap peristiwa dan perbuatan yang berlaku sebagai cermin untuk menyuluh kesilapan dan keburukan diri sendiri agar mudah untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...