Saturday 31 December 2011

Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..
Segala puji bagi Allah SWT, yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad SAW,para sahabatnya, tabiin dan mereka yang menurut jalannya dengan ilmu serta iman.
Syukur Alhamdulilah kerana ana diberikan sedikit ruang masa untuk menulis entri pada malam ini..:-)


Hari ini adalah hari terakhir 2011. Esok bermulalah tahun baru 2012.Mungkin anda semua ada azam baru kan..
Bila nak masuk tahun baru ni macam-macam pula yang kita dengar. Bukan saja tahun ni, tahun lepas, tahun sesudah lepas dan tahun-tahun-tahun-tahun sebelumnya begitulah juga.Ia berkaitan dengan sambutan tahun baru, Sambutan Ambang 2012, New Year Eve dan macam-macam lagi namanya. Hingga adalah pula yang membuat fatwa: HARAM menyambut tahun baru masihi.Apa pandangan anda semua ye mengenai sambutan Tahun baru ini ye..?..
Tapi benarkah menyambut tahun baru masihi itu HARAM hukumnya?

kalau anda semua nak tahu..meh ana kongsikan pandangan seorang ilmuan agama, Ustaz Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, mengenai sambuatan tahun baru 2012:..


HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUSkerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219). 
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65) 
Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. 
Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
(Sumber: www.zaharuddin.net) 
Ohye..Malam ni ada Konsert Ambang 2012 di Dataran Merdeka kan? Jadi apa hukumnya jika kita meramaikan konsert itu? Ustaz Dr Zaharuddin kata hukumnya harus jika sambutan tahun baru diadakan dengan majlis ilmu, tiada percampuran lelaki perempuan dan tiada unsur hiburan yang menyeru kepada cinta dan memuji muja kekasih/wanita.


Rasa2nya konsert malam ini akan turut disiarkan di TV tu ada majlis ilmu ke??, tiada percampuran lelaki perempuan tak, tiada unsur hiburan yang menyeru kepada cinta dan memuji muja kekasih/wanita tak. Jika ia bukan majlis ilmu, ada percampuran lelaki perempuan dan ada hiburan....jadi..faham2 sahaja la ye..renung2kanlah diri kita semua..

Tiada SUNAH RASULULLAH UNTUK MERAYAKAN TAHUN BARU, TIADA SUNAH RASUL UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU, TIADA SUNAH RASUL UNTUK BERHAMBUR HAMBURAN DNGAN BERBAGAI KEGIATAN YANG SESUNGGUHNYA ITU SEMUA ADALAH KEMAKSIATAN. PANTASKAH KITA YANG SEMAKIN DEKAT DENGAN KEMATIAN INI MERAYAKANNYA DNGAN BERPESTA BAHKAN SAMPAI LUPA DIRI. SUNGGUH ITU BUKAN AKHLAKNYA ORANG YG BERIMAN.(renung2kanlah diri kita semua)..

Wednesday 16 November 2011

Jika ini sujud terakhirku



Bismillahirrahmaanirrahiim

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Aku ingin ampunkan segala dosa manusia terhadapku, tidak kiralah yang terdahulu ataupun yang akan datang
Tidak kiralah yang aku pernah bersumpah bahawa aku tidak akan ampunkan, aku ampunkan dosa2 mereka ya Allah
Kerana aku juga tidak mahu mereka atau yang lain turut berdendam sekiranya aku ada berbuat salah pada mereka

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
Engkau tempatkanlah mereka di dalam syurga-Mu.
Engkau peliharalah mereka lebih daripada mereka memeliharaku sejak kecil
Engkau kasihanilah ibuku yang mengandungkanku selama 9bulan 10 hari
Engkau balaslah dengan ganjaran yang banyak terhadap ibu bapaku yang berpenat lelah mencari rezeki
Engkau ampunkanlah dosa2ku dan dosa2 mereka yang pernah kuderhakai
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah..
Kerana aku begitu menyayangi mereka.

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Kumohon daripada-Mu, moga Engkau peliharalah adik-adikku,
Peliharalah iman mereka Ya Allah,
Jadikanlah mereka pejuang agama-Mu,
Jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah, yang sentiasa menjaga kebajikan orang tua mereka..
Jadikanlah mereka anak2 yang lembut hatinya, kuat ibadahnya, rajin dalam berusaha, serta menjadi pendokong agama-Mu ya Allah,
Terima kasih kerana meminjamkan mereka kepadaku buat seketika..

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Moga2 ini sujud terakhirku, kerana aku mengimpikan mati dalam keadaan bersujud,
Namun kutahu aku tidak layak untuk memohon semua itu,
Aku ini hamba yang hina,
Aku hanya tahu meminta ganjaran daripada-Mu,
Sedangkan usahaku langsung tidak sepadan dengan ganjaran yang diharapkan
Aku bertekad akan berusaha bersungguh2,
Namun kutahu segala ibadahku belum tentu akan diterima oleh-Mu,
Kerana aku hamba yang hina,
Kerana aku seorang yang selalu meninggalkan solat,
Kerana aku seorang yang selalu laiai dalam menunaikan solat dan melambat-lambatkan solatku,
Kerana aku seorang yang tidak dapat mengawal nafsuku daripada melakukan maksiat,
Aku tewas ya Allah, aku tewas dengan kejahatanku, aku tewas dengan ajakan syaitan.

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Aku tahu Engkau berhak mencabut nyawaku ketika aku belum sempat mengangkat kepalaku untuk duduk tahiyyat akhir,
Kerana mati itu lebih dekat daripada urat di leherku.

Jika ini bukan sujud terakhirku ya Allah,
Aku berharap semoga aku dapat melakukan ibadah yang dapat mendekatkan diriku kepada-Mu,
Aku ingin menjadi pejuang agama-Mu,
Tetapi segala kekuatan hanyalah datang daripada-Mu,
Hanya Engkau ya Allah yang mampu kuluahkan segala rasa,
Kerana manusia pasti tidak dapat membantuku,
Ya Allah, semoga selepas ini aku dapat menunaikan segala amanahku,
Terhadap orang di sekelilingku,
Terhadap mad’u ku,
Ya Allah, tiada yang kupinta melainkan redha-Mu,
Aku ingin sekali menjejak syurga-Mu, namun kutahu aku belum layak, malah pantas sekali api neraka menarikku,
Kerana banyaknya dosaku pada-Mu, aku jadi malu terhadap diriku sendiri,
Kerana aku selalu meminta tetapi tidak pula memberi,
Tetapi hanya redha-Mu yang mampu selamatkan aku daripada percikan api neraka-Mu..
Aku ingin bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang Engkau redha padaku,
Dalam keadaan yang Engkau tidak murka padaku,
Aku telah berusaha sedaya upayaku agar Engkau redha dengan setiap perbuatanku,
Namun aku lemah dalam hubunganku sesama manusia,
Aku tidak mampu melakukan apa yang tidak kusuka,
Aku jadi susah menundukkan egoku,
Kerana hatiku keras dan hitam,
Kerana aku hanyalah seorang manusia biasa,
Yang hanya tahu meminta..

Ya Allah, aku ingin melihat hubungan yang akrab,
Antara aku dan adik beradikku,
Antara aku dan sahabat-sahabatku,
Kuatkanlah mereka, jadikanlah mereka pejuang agama-Mu,
Hanya Engkau tempatku meminta

Wahai Tuhanku,
Mungkin Engkau tidak suka kerana aku banyak meminta,
Dan tidak banyak memuji-Mu,
Tetapi aku tahu hanya Engkaulah satu-satunya tempat untukku meminta,
Tidak mampu untukku serahkan permintaanku pada manusia,
Kerana mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa.
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maya Pemurah,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijaksana,
Kerana Engkaulah segala-galanya..
Kerana aku hanya ada Engkau, dan aku tahu Engkau Maha Mendengar setiap keluhan dan permintaan daripada hamba-Nya..

Jika ini sujudku yang terakhir…………………….semoga ana beroleh kematian husnulkhotimah, amiiin3


p/s: jika ini sujudku yang terakhir, maka ana tidak perlu risau memikirkan tentang jodohku.. hehehe

Monday 14 November 2011

Wanita Solehah Idaman Mujahid


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....

Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) " 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi. Aku mahu jadi wanita yang punya barokah.


“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya” 

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Sunday 30 October 2011

Allah Be Watching YOU

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)








Wednesday 26 October 2011

Cintamu Anugerah Terindah Buatku




Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Thursday 6 October 2011

Akhi wa Ukhti





Akhi wa ukhti fillah …
Love the highest and most obliged and most helpful is the absolute love of Allah Ta’ala alone, accompanied by the formation of mental attitude divinize only Allah Ta’ala alone. Because the name of God is something that the human heart inclined to him with a sense of love with her adorable and raised, in total submission and surrender, and surrender his life fully to Him. God Almighty shall be loved for His own Essence, whereas the addition of Allaah be loved only as a consequence of the love of Allah, the Exalted.

Akhi wa ukhti fillah …
In Sunan al-Tirmidhi and others, the Prophet Shalallaahu alaihi wasalam said:
“The rope is the strongest faith is love for God and hatred for God.” (HR.At Tirmidhi)
In another narration, the Prophet also said:
“Whoever loves for Allah, hates for Allah, gives for Allah and do not give because of God, then it really has perfect faith.” (Narrated by Abu Dawood and At-Tirmidhi, he says hasan hadeeth)


Akhi wa Ukhti
Of the two above hadith we can know that we must give our love and devotion to God Almighty alone. We have to love to something you love Allah, hate against all who hated God Almighty, what the blessed pleasure to God Almighty, no pleasure to those who are not blessed God Almighty, ordered to what is commanded of God Almighty, to prevent all that prevented God Almighty, God gives to people who love to give and not give to the person who God Almighty does not like if he was given.

akhi wa ukhti fillah …
In that sense according to the Shari’a, is meant by al-hubbu fillah (love for Allah swt) is devoted love and affection to those who believe and obey Allah ta’ala because of faith and obedience that they do.
While the definition of al-bughdu fillah (hate for Allah) is devoted dislike and hatred to those who associate God and to people who out of obedience to Him because they have committed acts that elicit anger and hatred of God, even though they are the ones who close relationship with us.

As Allah the Exalted:
“You will not find a people who believe in Allah and the Last Day, mutual affection with those who oppose Allah and His Messenger, even if those people had fathers, children, brothers or sisters of their families.” (Al -Mujadalah: 22)

Akhi wa ukhti fillah …
Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah said: “Behold, a believer shall be poured out her love and affection even though persecuted and disturb you, and shall be poured out to him an infidel hatred and enmity, although always giving and doing good to you.”

Akhi wa ukhti fillah …
In accordance with what was said by Syakhul Islam Ibn Taymiyyah, let us seek refuge in the Essence of tossing and turning the heart, so that our hearts are soldered with a love and hatred that is prescribed by Allah and His Messenger. Because sometimes the people who oppose God around us better attitude toward us from those who believe in Allah swt, that we forget and the more love the unbelievers from the people who believe. Naudzubilla dzalik min.

Akhi wa ukhti fillah …

In view content ahlusunnah wal jama’ah love and hatred that must be expended divided into three groups:

1. the people who poured out her love and affection in their entirety. They are people who believe in Allah Almighty and His Messenger, implement the teachings of Islam and its milestones with firm knowledge and belief. They are the ones who give up all the deeds and words to God Almighty alone. They are the ones who are subject to more obedient to the commandments of God and His Apostle and refrain from any yng forbidden by Allah and His Messenger. They are people who pour out love, kewala’an, hatred and enmity for Allah Ta’ala and the Prophet’s words Shalallaahu precedence over the other alaihi wasalam anyone person.

2. the people who loved and hated from one side of the other side.
They are the people who mencampuradukan between good deeds with bad deeds, then they are loved and pitied by the existing levels of goodness in themselves, and hated and despised in accordance with the level of ugliness that is in them. In this case we have to sort through, like muamalah Shalallaahu Prophet alaihi wasalam against a friend who named Abdullah bin Himar. At that Abdulllah bin Himar in a state of drinking wine then they brought him presented to the Prophet Shalallaahu alaihi wasalam, suddenly alone melaknatnya man then said: “how often he brought Shalallaahu alaihi wasalam presented to the Prophet in a drunken state.” Messenger of Allah said: “Do not melaknatnya thee. Indeed he is a person who love Allah and His Messenger (Shohih Al-Bukhari book Al-Hudud). And akhi wa ukhti, narrated by Abu Dawud in the book of Al-Asyribah juz 4 that dishahihkan by Al-Bani in Saheeh Al-Jami Ash Shaghir hadith number 4967 n Messenger has cursed wine, people drink, people who sell it, people who squeeze and people who asked for the squeeze, people who took him and the people who brought wine to him.

3. the people who poured out her hatred and hostility in their entirety.
They are people who do not believe in the pillars of faith and those who deny the pillars of Islam either in part or whole with a sense of steady, people who deny asthma ‘wa ta’ala nature of God, or people who merge with Ahlu bid ah perverse and misleading, or people who do things that cancel has become Muslim. Against this man must for us to hate a whole, because they are the enemies of Allah and His Messenger Shalallaahu alaihi wasalam.

Akhi wa ukhti fillah …
There are several factors that can strengthen the love in Allah swt, among others:

1. Notify the loved ones that we love because of Allah Ta’ala. It was narrated from Abu Dhar Radhiallaahu anhu, that he heard the Messenger of Shalallaahu alaihi wasalam said:
“If any one of you love her let her go to her house and told her that he loves her (a friend did) because Allah, the Exalted.” (HR.Ibnul Mubarok in the book of Az-Zuhdu, p. 712 with isnaad shohih)

2. Give each other gifts
Messenger of Allah said in the report of Abu Hurayrah Radhiallaahu anhu:
“Mutual is a gift you give, you will undoubtedly love each other.” (Narrated by al-Bukhari in the book Adabul Mufrod, p. 120 and Baihaqi 6 / 169 with a hasan chain)

3. Visit each other
Messenger of Allah said in the narration of Abu Hurairah.
“O Abu Huraira! Have a look at you with a good not too often and too seldom, surely will grow something with love. “(HR.Thabrani and Bayhaqi with a saheeh isnaad)

4. Distribute mutual greeting.
“It is not you guys go to heaven so that you have faith, do not you believe that you love each other, Will you show me something if you do it will love each other? Scatter greeting among you. “(Narrated by Muslim, 2 / 35).

5. Leaving sins.
In this case the Messenger of Allah said:
“It is not two people who loved each other because of God or because Islam later split up unless one of the them had sinned.” (Narrated by al-Bukhari in his book Al-Adab AlMufrad hal.84)

6. Leaving act backbiting (talk something about his brother at the time did not exist, and if his brother is listening to him get angry or dislike). Allah Almighty says:
“O ye who believe, avoid most of suspicion, indeed some suspicion is sinful and not some of you gossiping (backbiting), most of the others, like if one of you eat the flesh of his brother who is dead? Then of course you feel disgusted him. And be cautious is to Allah, indeed Allah Almighty Recipient repentance, Most Merciful. “(Al-Hujurat: 12)

Akhi wa ukhti fillah …
Mutual obligation in Allah’s love is not a command that does not bring any results. But Allah ordered something there must be some fruit, and the results. May Allah make us as people who are submissive to God Almighty. May the love and hatred we are always in accordance with what has been prescribed by Allah and His Messenger. Moreover, we expect except get the love of God Almighty, get the glory of God, get a shade of ‘Throne of God Almighty on the day there was no shade except His shade, reaching the sweetness of Iman, get the perfection of faith and enter into His Heaven
high. May God always bless and have mercy on us. Aamiin.

Wednesday 5 October 2011

Perkahwinan - Antara Pilihan Anak dan Ibubapa.



Rasulullah pernah bersabda: “Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2085] Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas: “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2083] Maksud wali dalam hadis-hadis ini ialah ayah wanita yang akan bernikah itu.
          Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar berkata: Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab, yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan. Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[Shahih Sunan Abu Daud, no: 5138]
          Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1900]
      Hadis-hadis di atas jelas menunjukan kedudukan dan peranan ibubapa dalam pilihan calon pasangan bagi perkahwinan seorang anak. Secara lebih terperinci, hadis-hadis ini perlu dikupas dari dua sudut.

Sudut Pertama:
        Ia adalah dari sudut keutamaan, dimana ia membuktikan betapa besar kedudukan dan peranan ibubapa terhadap kita sebagai anak sehingga ia juga menyentuh persoalan pasangan hidup. Memang, ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan pasangan yang tidak kita sukai. Akan tetapi pada waktu yang sama, kita juga tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukai mereka. Ringkas kata, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa dalam persoalan ini. Sebaliknya perlu sama-sama suka dan redha.
          Timbul persoalan, bukankah yang berkahwin ialah anak? Maka kenapa pula perlu mendapatkan izin dan redha ibubapa? Persoalan ini dapat dijawab seperti berikut:

  1. Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai asam garam kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan yang luas, sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan kita sebagai anak-anak, yang dikenali hanyalah cinta. Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas apa-apa penilaian yang matang kecuali cinta semata-mata. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting kerana ia dapat membantu dan membimbing kita membina rumahtangga yang berjaya.
  2. Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga.
  3. Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keumuman sabda Rasulullah: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Riwayat al-Tirmizi, Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 515] Maka jika kita ingin membina rumahtangga yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, binalah ia dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu.
Sudut Kedua:
          Ia adalah dari sudut hukum fiqh, maka hadis-hadis di atas perlu dibaca bersama hadis-hadis yang melarang ketaatan dalam perkara maksiat. Ini kerana: “Sesungguhnya ketaatan tidak lain hanya dalam perkara ma’ruf (kebaikan yang selari dengan syari‘at Islam).” [Shahih al-Bukhari, no: 7145] Oleh itu pemahaman dan pelaksaan hadis-hadis di atas boleh dibahagikan kepada tiga suasana:
Suasana PertamaApabila ibubapa enggan menerima calon pilihan kita berdasarkan alasan yang dibenarkan syari‘at. Contohnya ialah calon yang bukan beragama Islam dan dia memang tidak bercadang untuk memeluk Islam. Maka dalam kes ini ibubapa layak menegah kita daripada berkahwin dengan calon tersebut dan kita wajib mematuhinya.
Suasana Kedua: Apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan kita disebabkan alasan yang menyelisihi syari‘at. Contohnya apabila ibubapa enggan menerima calon isteri pilihan kita semata-mata kerana dia berpakaian menutup aurat, atau enggan menerima calon lelaki pilihan kita semata-mata kerana dia sering pergi solat berjamaah. Maka dalam kes ini ibubapa tidak sepatutnya menegah kita daripada calon tersebut. Akan tetapi ini tidaklah bererti kita boleh “kahwin lari”. Sebaliknya hendaklah kita berbincang dengan sopan dan hikmah bersama ibubapa agar mereka akhirnya bersetuju dengan calon pilihan kita.
Suasana Ketiga: Kita dan ibubapa saling berselisih dengan masing-masing memiliki alasan yang harus di sisi syari‘at. Dua contoh yang lazim berlaku adalah:

  1. Kita ingin berkahwin tetapi masih menuntut. Ibubapa tidak membenarkannya sehinggalah ditamatkan pengajian terlebih dahulu.
  2. Calon lelaki pilihan kita tidak memiliki pekerjaan yang mampu menyara hidup.

          Bagi kedua-dua contoh di atas atau apa-apa yang seumpama, hendaklah kita berbincang dengan ibubapa untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Kebanyakan ibubapa akan bergembira untuk membantu dan memberi jalan penyelesaian yang terbaik jika kita sebagai anak-anak berbincang dengan mereka secara hormat, sopan dan hikmah. Kegagalan sering berlaku apabila anak-anak berkeras, membuat keputusan tanpa mempertimbangan pandangan ibubapa atau mungkin mengabaikan ibubapa secara keseluruhan dalam persoalan ini.
          Meski pun demikian, jika perbincangan tidak membuahkan hasil yang diingini, hendaklah kita mengalah kepada ibubapa. Hendaklah kita merenung kembali hadis-hadis yang dikemukakan dalam penulisan ini. Ketahui dan yakinilah bahawa apa yang ada di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah jauh lebih baik daripada kekasih yang ada di hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...