Tuesday 17 January 2012

Peringatan diriku yang sering lupa





Setelah sekian lama kita mengecap nikmat kurniaan Ilahi di dunia ini, ayuhlah kita menghitung sejauh mana kita sudah mensyukuri nikmat yangtelah disirami ke atas kita oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang. Ayuhlah kita menghisab diri kita,mudah-mudahan kita sedar sejauh mana kita telah mentaati titah perintah-NYA :

1. Ketika kita sembahyang, zahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kepada Allah, tetapi hati dan ingatan kita dimana ? Adakah juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadduk serta rasa rendah diri dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT ? Ataukah hati kita terbangmenerawang ke merata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Perkasa ?

2. Pernahkah kita merasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada-Nya, merasarendah diri dan hina, menyesali dosa dan kelalaian, mengingati-Nya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti pada-Nya ?

3. Kalau ada orang Islam yang sakit dan menderita atau miskin, adakah hati kita rasa belas kasihan untuk membantu atau tolong mendoakan dari jauh agar kehidupan mereka diselubungi sifat sabar dan redha ?

4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sambil menangis kerana taubat kita terlalu sedikitberbanding dosa kita yang menggunung tinggi yang menjadi asbab kitamenjadi bahan bakaran api neraka ?

5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh mendatangi kita bila-bila masa ? Seandainya kita dijemput kembali ke pangkuan Allah dalam keadaan berlumuran dengan dosa alangkah malangnya nasib kita.

6. Ketika kita menerima rezki atau taqdir yang tidak seperti kita idamkan, dapatkah hati kita rasa sabar dan redha serta syukur keranan ketentuan Allah telah mengatasi kehendak kita sebagai tanda Maha Berkuasanya Allah dan maha lemahnya kita ?

7. Di waktu mendapat nikmat, terasakah hati kita bahawa nikmat itu merupakan pemberian dan pinjaman Allah untuk kita syukuri ? Atau apakahnikmat tersebut kita gunakan untuk menunjuk-nunjuk, berlaku ujub dan riyak kepada makhluk Allah yang kurang bernasib baik ?

8. Seandainya kita miskin dapatkah kita rasa bahagia dengan kemiskinan dan rasa lapang kerana diakhirat nanti Rasulullah SAW akan dibangkitkanbersama-sama orang yang miskin ?

9. Kalau ada orang yang mencerca kita, mampukah hati kita berlaku tenang tanpa susah dan sakit hati, serta menganggap cercaan itu sebagai kifarah dosa untuk kita jadikan cermin buat memperbaiki diri kita menuju ke negara yang kekal abadi ?

10. Di kala kita menganiaya seseorang dan berlaku salah dengan manusia yang lain, datangkah rasa takut akan kemurkaan Allah pada kita dansanggupkah kita menyusun sepuluh jari untuk memohon keampunan maaf sambil mengaku kesalahan kita ?

11. Allah anugerahkan deria penglihatan kepada kita, apakah kita gunakannya untuk melinangkan air mata di atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dengan penuh rasa kesal atau apakah kita gunakannya untuk melihatperkara-perkara yang dilarang oleh Allah ?


Oleh itu marilah sama-sama kita renungi ke dalam diri kita, apakah kita peka kepada titah perintah Allah atau sebaliknya ? Jadikanlah setiap peristiwa dan perbuatan yang berlaku sebagai cermin untuk menyuluh kesilapan dan keburukan diri sendiri agar mudah untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Tuesday 10 January 2012

Jauhkan Diri Dari Sifat Mazmumah

Bismillahirrahmaanirrahiim.



Apa khabar iman pada pagi ini? Sedang naikkah? =)
Dulu semasa umur dalam lingkungan 7-9, saya selalu terkeliru antara sifat mazmumah dan sifat mahmudah. Yang mana satu sifat-sifat buruk dan sifat-sifat baik. Saya selalu keliru mengenai istilahnya. Dan tidak lama selepas itu, Ustazah menerangkan lagi kepada saya. Bagi faham sikit. Oh. Kenangan kanak-kanak.
Sifat Mazmumah? Manusia memang takkan lepas darinya.
Tetapi manusia itu masih ada peluang untuk berusaha menjauhinya. Berusaha untuk memperbaiki diri dan orang lain. Eh, itu tidak mustahil. Yang penting adalah kemahuan kita.
Kadang-kadang, kita sebagai manusia ni tanpa sedar pasti ada memiliki sifat-sifat ini. Kerana ianya juga terdiri daripada penyakit-penyakit jiwa, malahan.
Anda suka ada sifat ini? Sudah pasti tidak.
Seorang Muslim Menjauhi Sifat Tercela
Sebagai seseorang yang ingin dipandang oleh ALLAh SWT dengan pandangan istimewa, manusia itu memang kena berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan jiwa dan diri mereka sendiri dari sifat-sifat yang tercelah. Antara sifat itu ialah hasad dengki, takbur, saling memfitnah, ujub, meninggalkan solat, derhaka kepada kedua orang tua dan banyak lagi sifat-sifat itu yang sememangnya selalu singgah dalam kehidupan manusia. Astaghfirullah.
Berusaha. Sekali lagi ditekankan, berusaha. Kerana saya tahu kita sedang berusaha.
Anda tahu, sifat-sifat itu semuanya memang nampak jelek, bukan? Bukan itu saja, semuanya bertentangan dengan ajaran agama dan budaya hidup manusia itu sendiri, malahan.
Dan saya percaya, siapapun diantara kita tidak menyukai sifat-sifat mazmumah ini. Dengan sifat-sifat itu dalam diri, pasti hati terasa tidak tenang dan sentiasa tidak kena. Hidup tidak tenteram dan sentiasa keresahan.
Semasa membelek-belek bahan bacaan, saya terjumpa dengan hadis berikut. Juga mengenai hati yang pada mulanya dikotori sedikit demi sedikit dan akhirnya kotoran itu menguasai hati empunya pemilik badan.
“Seorang mukmin jika dia berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya senoktah titik warna hitam. Dan jika dia menyedari akan kesalahan dan dosanya itu, lalu beristighfar maka hatinya akan kembali putih bersih. Manakala jika ditambah pula dengan dosa lain, noktah itu bertambah menutupi hatinya. Inilah yang disebutkan ALLAh : ‘Sungguh telah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri’.” – HR. Al-Hakim, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah
Nampak kan? Setitik demi setitik, akhirnya menutupi yang bersih.
Begitulah perumpamaan diri manusia. Apa sahaja penyakit, jika tidak dirawat, pasti akan membuatkan empunya diri menanggung kesakitan yang lebih. Menyakitkan? Memang. Sehingga apabila hawa nafsu didorong oleh syaitan dan manusia tidak ingin membersihkannya, pasti hatinya bertambah kotor, hitam, jijik sehingga hatinya menjadi gelap gelita dan akhirnya, dia tidak nampak lagi kebenaran dan jalan yang lurus.
Hati yang gelap, menutup pintu kebenaran!
Sememangnya, sifat-sifat itu pasti akan menyusup masuk ke dalam hati dalam menjalani kehidupan seharian. Dan tanpa manusia sedari pun. Tetapi orang yang bijak adalah orang yang apabila ia sedar sifat itu singgah di hatinya, maka dia terus membuangnya jauh-jauhnya.
Paling senang dalam kehidupan manusia ialah, berbaik sangka.
Mari Suburkan Jiwa Dengan Iman dan Takwa
Kita ini, sebagai manusia dan hati kita ini akan mudah menerima pujuk rayu dan macam-macam sogokan yang mencairkan hati, tidak kira sama ada perkara yang baik atau sebaliknya.
Nafsu syahwat, marah, tamak dan kejam terletaknya di dalam hati yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dan hati pula, mudah menerima apa yang Tuannya cuba masukkan. Dan oleh sebab itu, syaitan akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan hati manusia. Dan apabila hati manusia terpesong, itu bermakna kemenangan bagi golongan syaitan dan kekalahan bagi anda.
Anda suka syaitan gembira bersorak atas kelalaian anda? Pastinya tidak.
Dengan akal, manusia dikurniakan. Oleh itu hati kecil itu memerlukan dorongan akal fikiran yang akan melorongkan kepada keimanan kepada ALLAh SWT. Dan dengan itu, hati sentiasa memilih jalan kebaikan. Iman dan Takwa akan menjadi penyelamat.
Susah sangat?
Hei sahabat! (merapatkan bahu kamu ke bahuku)
Lupakah pada janji ALLAh? Sesiapa yang membantu dirinya sendiri dan membantu memakmurkan agama ALLAh, pertolongan ALLAh pasti tiba dari arah yang tidak disangka-sangka dan tanpa disedari oleh manusia itu sendiri pun. Nah, kena yakin ini. Sematkan dalam hati. Itu, dalam hati kecil itu.
Sebuah Hadis Qudsi,
“Aku telah ciptakan hamba-Ku berada di jalan agama yang lurus dan mereka telah didatangi syaitan yang menyesatkan mereka dari ajaran agama mereka, dan mengharamkan kepada mereka apa yang telah aku halalkan dan menyuruh mereka mensyirikkan dengan Aku apa yang tidak pernah Aku turunkan kuasa kepadanya..” – Hadis Qudsi
Maka benarlah tipu daya syaitan itu. Memang tidak ada keraguan padanya.
Zikrullah dan Muhasabah Selalu
Salah satu cara untuk menyuburkan jiwa adalah, mengingati ALLAh dan memuhasabah diri selalu. Banyak cara anda tersendiri mengingati ALLAh. Dan banyak cara juga untuk anda memuhasabah diri sendiri. Melahirkan rasa keinsafan terhadap diri sendiri.
Sepatutnya, kerana sifat kita yang lemah untuk berhadapan dengan tipu daya syaitan ini, kita harus selalu mendekatkan diri kepadanya. Selalu dan sentiasa.
Seorang muslim itu, apabila hatinya subur dengan mengingati ALLAh, maka syaitan akan sedikit berada dalam kesusahan. Kerana syaitan tahu, anda tidak senang untuk digoda. Kerana pemerhatian anda telah ALLAh mantapkan melihat pada jalan-Nya yang lurus.
Lagi, salah satu untuk menyuburkan jiwa adalah melakukan perkara yang bertentangan dengan sifat mazmumah, iaitu sifat mahmudah. Sifat yang baik lagi terpuji. Nah, anda percaya tidak kalau saya katakan apabila manusia mengamalkan sifat mahmudah, pasti sifat mazmumah itu akan terbunuh dengan sendirinya.
Senyum.
Jangan merasa susah untuk hal ini. Kerana janji ALLAh, tiada apa yang mustahil bagi-Nya!
Nah. Bagaimana? Mahu berpimpin tangan bersama saya?
Mari, saya juga memerlukan anda. Senyum.
Semoga ALLAh merahmati.

Sayang pada kamu...









Kadang-kadang, 
bila kita tahu orang yang kita sayang berada dalam kesusahan dan kesedihan, 
kita mahu kita berada disampingnya, duduk di sebelahnya.

Bahu bertemu bahu. 

Menenangkan dirinya.

Tapi kadang-kadang

 perkara itu mustahil apabila melihat kepada jarak dan masa.
 Dan hanya mampu memohon kepada ALLAh, kerana sahabat itu,
 orang yang kita sayang adalah milik ALLAh,
 maka meyakini bahawa Dia akan menjaganya.

Wahai Tuhanku, jagalah sahabatku itu.

Thursday 5 January 2012

Ya ALLAH ... diriku ini milik-Mu jua..




Sejak kecil akalku selalu dilatih untuk berpikir…
tapi bukan untuk berTAFAKUR…

Aku hanya bisa mengurusi jasadku, hartaku, pekerjaanku,
yang berujung pada KESENANGAN semata….

Baru kusedar itu semua kesenangan yang MENIPU!!
pantas saja selama ini yang kudapat hanya stress, sedih,
kecewa, khawatir, sebal dll…

Baru kusedar, KEBAHAGIAAN- lah yang seharusnya kuraih…
karena dia yang kekal…
dan dengan kalbu yang "BERSIH" pula…
barulah dapat kuraih kebahagiaanku…

Selama ini aku tidak tahu…
Aku ini lupa…
Aku telah lalai…
Mengurusi KALBUKU….
Padahal ia yang yang akan bersamaku SELAMANYA….

Yaaa ALLAH…
ke mana saja aku selama ini?????!!!!

Ya Allah…ternyata aku hanyalah manusia yang "sangat sibuk"…
Namun kesibukanku ternyata hanya mengisi keperluan "jasad"ku semata…
Aku makan dan minum untuk perutku & badanku,
Aku tidur untuk meng-istirahatkan tubuhku,
Aku berolahraga untuk kepentingan mencapai kesehatan,
Aku pergi jalan-jalan sekedar refreshing,
Aku beli baju, kasut, jubah, tudung, untuk puaskan egoku,
Aku minum vitamin untuk keperluan badanku….
Semua aktiviti itu..untuk keperluan "jasad"ku semata!!!

Sementara…"jiwa atau roh" ku terlewat santapannya….
Sampai bilakah aku sempat memberikan santapan terbaik untuk jiwa & rohku?
Apakah aku benar2 melewatkan waktuku bersantap rohani…??
Sebenarnya, jiwaku sudah pernah "menagih"ku untuk puaskan dahaga jiwaku!
Yah…terasa kosong, hampa, sunyi….
Kenapa juga aku melewatkan kesempatan memenuhi undangan
"breakfast, lunch, dinner" yang diperlukan jiwaku…..
Aku takut…jangan sampai jiwaku, rohku menjadi jiwa yang MERANA!!!

Bagaimana nanti bekal JIWAku untuk menghadap Illahi?
Apakah sudah cukup bekalku yang akan dibawa pada saatnya tiba?
Sementara saat ajal menjemput…
Jasadku yang sudah dalam keadaan "KEKENYANGAN" tak akan ikut….
Ia kutinggalkan dalam lobang di tanah merah kuburan…
Sementara jiwaku..rohku. .yang masih "LAPAR & KOSONG"
yang akan terus bersamaku menuju keabadian…
menuju tempat mempertanggung- jawabkan semua yang telah kulakukan.
Menghadap Sang Penguasa….Sang Khalik….. ALLAH SWT.

Ya Allah….waktuku di dunia ini "cuma" sebentar kan…
Sebentar dibanding waktu keabadian di alam barzah nanti!!
Jika 1 hari berlalu sudah….
Tetapi tidak mendapat hidayah
Dan tiada pula ilmu bertambah
Apa arti umurku di mata Allah??!!

Aku tidak ingin jiwaku MERANA….
Aku ingin masuk surgaMU ya Allah….aku ingin….
Firman-Mu dalam surat Al Fajr ayat 27-30 jelas sekali….
"Wahai JIWA yang TENANG! Kembalilah pada TuhanMU
dengan hati yang ridha dan diridhaiNYA
Maka masuklah ke dalam golongan hamba2KU
Dan masuklah ke dalam SurgaKU…

Ya Allah….aku mau memiliki JIWA YANG TENANG!!!
Kerana dengan jiwa yang TENANG itulah aku akan menjadi
dan termasuk golongan hambaMu yang Kau panggil…
untuk masuk ke dalam SurgaMU….
Dengan Jiwa yang TENANG….jiwa yang bekal rohaninya sudah penuh…
maka akan tenanglah rohku menghadap kepadaMU…
untuk Kau undang masuk ke dalam keabadian SurgaMU ya Rabbi…

Ke Mana Saja Aku Selama Ini….??!!!
Aku harus segera dan cepat mengejar ketinggalanku… .
Aku harus segera memperhatikan santapan jiwa dan rohaniku…
Agar cukup dan penuhlah bekalku nanti…
Untuk siap menghadap sang Illahi…

Ya Allah…ingatkan aku selalu meberikan santapan pada rohaniku….
bimbinglah aku untuk selalu dalam jalan dan petunjukMu…
Ingatkan aku untuk selalu dekat denganMU…selalu mencintaiMu….
Untuk dapat memperbanyak ibadahku…menjauhi laranganMu…
lapangkan jalan meraih pahalaMu…
terangilah jalanku dengan RidhaMu…
Kerana aku ingin menjadi hambaMu yang Engkau berikan redha…
Sebagai JIWA YANG TENANG….
Untuk Kau panggil dan Kau undang
Memasuki istana SURGAMU yang abadi….
Subhanallah….

sama2 kita renungkan wahai sekalian sahabat yg ana kasihi... semoga ianya bermanfaat.. insya'allah.
Share this topic on Facebook

Wednesday 4 January 2012

Lailahailallah...ku menyebutnya..




Assalamualaikum waramatulahiwabarakatuh...

Moga redha Allah sentiasa bersama kita mengiringi hari2 mendatang untuk menuju negara yang lebih abadi iaitu Akhirat..amen ya Rabb..Alhamdulillah masih dikurniakan usia untuk terus berbakti dengan cara sendiri buat agama yang di cintai...hidup ini hanya seketika dan sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya bawa dosa bawa pahala...itu bermakna kita bukanlah siapa-siapa di dunia yang fana ini..hanya nilaian "TAQWA" yang akan membezakan siapa kita disisi Allah...

sebelum itu ana ingin bertanya kepada saudara sekalian..berapa kalikah saudara menyebut kalimah LA ILLAHA ILLALLAH setiap masa??..adakah setiap masa kita menyebutnya..:-)

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Ketahuilah wahai kaum Muslimin dan muslimat bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah. Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)
Di samping itu, zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-
Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)
Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.
Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Jangan meninggalkan zikir
Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).
Perbanyakkan menyebut 'la ilaha illallah'. Moga kita terpilih dalam memperolehi kasih sayang-Nya. Ikhlaskan diri dalam melakukan apa sahaja perkara. Insya-Allah kita merasakan kenikmatan, kebahagiaan dan ketenangan yg tidak terhingga daripada-Nya.

Monday 2 January 2012

Cinta, Rupa Paras, Pengorbanan, Kesetiaan, Kesabaran dan Kebahagiaan






Semua kita mencari kesempurnaan dalam memiliki cinta. Sang pemuda mencari pemudi yang cantik, menawan, baik hati dan sebagainya. Sang pemudi mencari pemuda yang tampan, romantik, jujur dan seangkatannya. Kesian kepada yang kurang tampan dan kurang cantik. Kerana begitulah lumrah manusia, mahukan yang cantik, menarik dan sempurna.

Terkadang yang cantik sudah bertemu dengan yang tampan, tapi akhirnya cinta hanya sekerat jalan. Kenapa jadi sedemikian? Perhubungan cinta hanya sekadar atas dasar rupa paras? Rasulullah SAW ada bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad: 



"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."



Cinta juga menuntut pengorbanan. Ada yang sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi mengikut pilihan hati. Ada yang sanggup mengorbankan ‘study” untuk bersama kekasih hati. Ada yang sanggup mengorbankan maruah sendiri demi membuktikan cinta sejati. Ada yang sanggup mengorbankan jiwa demi meraih ketuanan cinta. Oh cinta.. penanganmu hebat, membuat manusia gembira, tawa, bahagia, sedih, duka, lara, derita, gila dan sebagainya.

Hari ini ana mengajak kita belajar cinta dari Abu Utsman, kisahnya ditulis oleh Imam Al Jauzi dalam salah satu kitabnya, Shaidul Khathir. Kisah cinta, rupa paras, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan kebahagiaan.

Suatu saat, Abu Utsman dikejutkan dengan satu permintaan dari seorang wanita.

“Wahai Abu Utsman,” kata wanita itu, “Sungguh aku mencintaimu.”

Suasana hening sejenak. “Aku memohon, atas nama Allah, agar sudilah kiranya engkau menikahiku,” lanjutnya.

Lelaki yang bernama lengkap Abu Utsman An Naisaburi itu diam. Beliat terkejut sebentar dan terpaku tatkala mendengar perkataan wanita yang datang kepadanya itu. Ia tidak mengenal wanita ini dengan baik. Namun, tiba-tiba saja wanita ini datang menemuinya dan menyatakan rasa cintanya yang dalam kepadanya. Bahkan saat itu pula, atas nama Allah, wanita itu meminta pada Abu Utsman untuk menikahinya.

Abu Utsman diam. Memikirkan keputusan apa yang hendak diambilnya. Sebagai seorang pemuda, ia dihadapkan pada sebuah keputusan besar dalam hidupnya. Sebuah keputusan yang mungkin akan dijalaninya selama lebih dari separuh usianya dan separuh imannya. Selama ini keluarganya senantiasa mendorongnya untuk segera meminang salah seorang wanita solehah di wilayah itu. Namun, ia selalu menolak dorongan dari keluarganya itu hingga hari ini. Maka, sampai sekarang ia masih juga membujang. Ia akan mengambil sebuah keputusan besar dalam hidupnya, termasuk segala akibat dan kesan yang menyertainya.

Abu Utsman kemudian berkunjung ke rumah wanita itu. Ia mendapati orangtua si wanita adalah orang yang miskin. Namun, keputusannya tetaplah bulat untuk meminang si wanita yang datang menyatakan cinta kepadanya itu. Terlebih lagi kerana wanita itu memintanya untuk menikahinya. Ia menyaksikan kebahagiaan yang berlimpah pada raut wajah orangtua si wanita itu saat mendengar bahawa puterinya dipinang oleh Abu Utsman, lelaki yang berilmu, tampan, soleh, penyabar, setia, jujur, tulus, dan terhormat.
Mereka pun akhirnya selamat diijabkalbulkan.

Tahun demi tahun berlalu, hingga akhirnya sang isteri itu meninggal dunia lima belas tahun kemudian. Namun, sejak malam pengantin mereka ada kisah yang baru terungkap setelah kematian sang isteri. “Ketika wanita itu datang menemuiku,” kisahnya, “Barulah aku tahu bahawa matanya juling dan wajahnya sangat jelek dan buruk. Namun, ketulusan cintanya padaku telah menambat hatiku. Aku pun terus duduk dan menyambutnya tanpa sedikit pun mengekspresikan rasa benci dan marah. Semua itu aku lakukan demi menjaga perasaannya. Walaupun aku bagai berada di atas panggang api kemarahan dan kebencian.”

Ah, kita jangan marah pada Abu Utsman yang mengharapkan isteri yang cantik dan sempurna, tetapi kemudian hanya mendapatkan isteri juling dan buruk wajah. Itu merupakan sisi manusiawi dari lelaki yang menginginkan kecantikan dan kesempurnaan sebagai pendamping hidupnya.

“Begitulah ku lalui lima belas tahun dari hidupku bersamanya hingga dia meninggal dunia,” demikian Abu Utsman melebarkan kisahnya. “Maka, tiada amal yang paling kuharapkan pahalanya di akhirat, selain masa-masa lima belas tahun dari kesabaran dan kesetiaanku menjaga perasaannya dan ketulusan cintanya.”

Luarbiasa! Cinta yang luarbiasa terbit dari insane yang luarbiasa. Apakah masih ada kualiti pemuda seperti Abu Utsman ini lagi di abad ke 21 ini? Begitu juga wanita mulia itu, beliau juga luarbiasa. Meskipun sang wanita itu tahu bahawa dia bermata juling, meskipun sia tahu bahawa sia hanya anak orang miskin, meskipun sia tahu bahawa dia bukan wanita berwajah cantik molek, tapi dia memperjuangkan cintanya untuk memiliki orang yang dicintainya itu. Ianya berhasil dan telah bersama mengharungi asam garam kehidupan berkeluarga selama lima belas tahun sehingga maut datang menjemputnya. Abu Utsman membuktikan bahawa ia adalah lelaki yang setia, tulus, sabar, dan senantiasa menjaga perasaan sang isteri yang demikian tulus mencintainya.

Itulah cinta! Cinta yang berpaksikan wahyu, cinta yang diasaskan oleh keimanan kepada Allah SWT. Ianya indah dan bahagia. Semakin indah kerana ianya disertai dengan pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan perjuangan.

Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Amirul Mu’minin Umar Al Khatthab dan berkata : “Saya sudah tidak lagi mencintai isteriku”.

Maka, Umar berkata : “Sesungguhnya sebuah rumah tangga itu tidak cukup dibangunkan berdasarkan cinta semata.”

Engkau benar wahai Amirul Mu’minin, memang tidak selamanya dengan cinta, namun ada pengorbanan, terdapat pengabdian serta ditemukan perjuangan.



“Ya Allah..., aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu, dan aku meminta amalan yang dapat menghantarkan aku kepada cinta-Mu.”

Sunday 1 January 2012




Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..marbahanbikum ill tinta permata selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulilah..kita pun telah berada di tahun 2012..Semoga kehadiran tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulangi. Orang cakap ‘sejarah mungkin berulang’ tapi adakah ia sama seperti pertama kali terjadi? Tak, kan? Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan yang berlaku sepanjang 2011 kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih berjaya.


Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012, marilah kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang sangat relevan dan hidup kata-katanya walaupun beliau sudah tiada lagi antaranya : 


Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. 
Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran di mulakan dengan menyebut solat pada awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.

❀ Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. 

Kata pepatah, sikit sikit lama-lama jadi bukit. Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.

Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman, kedamaian dan keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.

❀ Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. 

Sebenarnya antum dan antuna sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari.
Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!

❀ Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. 

Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya!

❀ Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa! 

Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya. Bagaimanapun, dalam apa-apa urusan, berpada-pada sahajalah. Plato juga berharap supaya pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Begitu juga pendapat Aristotle, supaya belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri!

❀ Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. 

Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

❀ Kawal nada suara setakat yang diperlukan oleh pendengar di hadapan kita. 

Janganlah jadi seperti orang bodoh, bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

❀ Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan orang atau pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

Sukakah kita makan daging? Pasti kita suka! Tapi sukakah kita memakan daging kawan kita yang sudah mati? Sekali-kali tentu jawapannya TiDAK! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah segera, jika kita mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang yang kita umpatkan itu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

❀ Luaskanlah interaksi dengan umat manusia. 

Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

❀ Maksimumkan faedah waktu kita dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu kita yang masih tersisa. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa orang lain, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.

Akhir kata, selamat menyambut tahun baru 2012!..yang baik itu semua dari Allah..yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri ana..salam muhajaddah..:-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...