Sunday 26 June 2011

Akulah BANDUAN diPENJARA NIKMAT

Subhanallah, Maha Suci Allah, yang masih meminjamkan nikmat mengetik papan kekunci. Kekangan masa, sebagai hambaNya, pelajar, anak, sahabat serta manusia yang sentiasa berhajat padaNya membuatkan aku tidak bisa menjenguk blog ini.Alhamdulillah,tatkala ini aku di beri nikmat masa agar aku mempersiapkan entri untuk para sahabatku yang sentiasa bersama.


Mungkin entri kali ini berbaur aneh, banduan?penjara nikmat? tapi kenapa penjara nikmat.Siapakah banduan? Mungkin ana terlalu merindui,sehinggakan ana rela dipenjara..


Berdasarkan entri yang sebelum ini, Alhamdulillah.Setelah ana menamatkan pengajian di UiTM ana berjaya menjejakkan kaki dan menjadi pelajar di MADRASAH AD-DINIAH AL-BAKRIAH @ PONDOK PASIR TUMBOH. Inilah saat yang tidak mampu untuk akal sihatku menceritakan segala pengalamanku di sini. Sering kali ana mendengar kata-kata yang tidak pasti daripada mana sumbernya, " apalah masuk pondok,bukan ada sijil pun..nak makan apa ??

Emm..ada pun kata-kata itu, ana hanya bisa menghadiahkan senyuman dan tundukan kelopak mata, bukan beerti ana tidak mahu menjawab, tapi sebaiknya ana diam dan merasai sendiri pengalaman hidup sebagai pelajar pondok.Tapi apakah kaitannya dengan banduan dan penjara nikmat.Sebenarnya ia merupakan istilah metafora, pondok itu kuibaratkan seperti penjara nikmat, dan ana banduan,kerana ana amat rindukan pondok,ana lebih rela menjadi banduan di dalam penjara nikmat bersama kasih sayang para banduan lain(sahabat-sahabat yang sama talaqi kitab), penjara nikmat yang bebas akan hal keduniaan, penjara nikmat yang menyediakan nikmat ilmu serta amal,penjara nikmat yang memenjarakan ana daripada keduniaan.Subhanallah.Siapakah yang tidak rela dipenjara dengan terpelihara? Dan tiada nikmat yang perlu ana dustakan.

Ini pula Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah yg tersergam indah.SUBHANALLAH

Perkongsianku kali ini, ialah menceritakan serba sedikit pengalamanku sebagai pelajar pondok. PONDOK PASIR TUMBOH atau nama barunya MADRASAH AD-DINIAH AL-BAKRIAH,
Diasaskan pada tahun 1954M oleh 2 orang adik beradik iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj. Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Aziz b. Hj. Abu Bakar (1923M-1987M).

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar (lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan di sebuah madrasah kayu yang berukuran 40x30 kaki sahaja.

LOKASI
Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota bharu.
1 km. dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh dan berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga mini MRSM Pasir Tumboh.

MATLAMAT
*Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal.
*Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak.
*Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
*Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara menadalam ilmu agama dengan *menjadikan Islam sebagai cara hidup.


ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK
PARA PELAJAR
1. Masjid jamek 4 tingkat
2. Surau dan tempat belajar.
3. Letrik
4. Air
5. Telefon Awam
6. Pejabat pentadbiran.
7. Perpustakaan dan bilik menjahit.
8. Bilik latihan menjahit.
9. Bilik Komputer( org cakap ade hehehe ana kurg pasti wallahualam)
10. Bilik Mandi pelajar dan warga tua 6 buah.
11. Balang alat pemadam bomba - 90 biji
12. Kemudahan infratruktur lain seperti Kedai Kitab, Peralatan dan Makanan.


Beginilah suasana ketika ana dan sahabat belajar kitab. Semua pelajar digalakan memakai purdah.

 Khusyuk ketika tok guru menyampaikan penerangan Kitab pada kami

SISTEM PEMBELAJARAN
Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti)
Pengajian Nizami (secara kelas mengikut tahap kemampuan masing-masing)

MATAPELAJARAN YANG DIAJAR

1 - Feqah
2 - Nahu (Tatabahasa Arab)
3 - Balaghah (Sastera Arab)
4 - Soraf ( Ilmu kunci Bahasa Arab)
5 - Tasawwuf
6 - Tafsir
7 - Hadis
8 - Mantiq (Ilmu Logik)
9 - Sejarah Islam

Itulah sedikit sebanyak maklumat yang boleh Ana kongsikan.Untuk pengalaman peribadiku,terlalu indah untuk dibicarakan..

Jadual sebagai pelajar pondok bukanlah hanya beribadah 24 jam, Ana mahu menangkis kata-kata itu. Tempat peraduan kami cukup sederhana,tidur di madrasah cukup seronok bersama sahabat-sahabat lain. Dengan nikmat tidur di atas hamparan toto dan selimut itu cukup memadai.

AKTIVITI PAGI( seawal jam 5 pagi) :
* Solat sunat,amalan2 ibadah
* Solat Subuh Berjemaah
* Bacaan Mathurat
* Kitab Subuh- Sehingga jam 9 pagi

Selesai Kitab Subuh, pelajar boleh balik berehat ke pondok masing-masing untuk persiapan diri (mandi,makan,masak), waktu ni Ana tidak boleh melupakan kenangan ini, masak bersama Adik2 kesayangan ana NABILAH(Anak yatim piatu),ASYIKIN,FATIHAH,DILA,SUMAIYYAH.. Ana cukup senang dengan mereka, apa sahaja bahan masakan, kami masak dan makan berjemaah.Rezeki yang ada, kadangkala buat Ana menangis dalam hati.Tterkenang makanan yang enak belaka tapi nafsu cuma,tapi di pondok,Ana makan apa yang ada, Telur,ikan kering, kicap,sardin pun mengenyangkan,kami belajar untuk tidak mengeluh.Apa sahaja keadaan, sentiasa diingatkan bahawa, ALLAH AKAN CUKUPKAN, perkara ini benar-benar mendidik hati serta kudratku untuk menjadi hambaNya yang bersyukur. Alhamdulillah.

AKTIVITI TENGAHARI- PETANG
1030 pagi- 1200 tengahari
* kitab fiqh wanita bersama KAK UMMU.
Waktu ini,pelajar boleh memilih sama ada untuk turut sama KITAB FIQH WANITA atau KITAB KUBUR ( digelar kitab kubur dalam kalangan pelajar kerana kelas berhampiran dengan kubur,jangan salah faham ye). Selesai kitab tengahari ini,pelajar boleh kembali ke pondok untuk persiapan diri sebelum ke madrasah semula untuk solat zohor berjemaah.Selesai solat zohor berjemaah,kitab zohor pula menunggu( SIFAT 20,AKIDAH) sehingga jam 3 petang kemudian pelajar balik semula ke pondok untuk persiapan diri,masak malam, dan bersiap untuk ke madrasah semula untuk kitab asar. Selesai kitab asar, kembali ke pondok untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib berjemaah.

AKTIVITI PETANG - LEWAT TENGAH MALAM
Solat Maghrib berjemaah, kemudian kitab maghrib.Selesai kitab maghrib sehingga masuk waktu isyak.Selepas isyak tiada kitab dan digantikan dengan TASMIK AL-QURAN( al-quran di baca di hadapan muallimah, tidak akan di alih bacaan selagi tidak sempurna bacaan) dan BACAAN DALAM SOLAT dari jam 9 malam hingga 11 malam,kemudian jam 11 malam bacaan sebelum tidur,taaruf untuk pelajar baru, berghasidah,pengakuan kesalahan( ketua muslimat akan bertanya pada semua muslimat," hari ini ada sesiapa buat silap"..bunyinya agak melucukan,tapi daripada inilah Ana belajar untuk jujur pada diri sendiri,,dan masing-masing akan mengakui silap masing di hadapan pelajar muslimat lain, kami tidak malu mengaku kesilapan kerana kejujuran itu lebih nikmat. Antara kesilapan lazim ialah, tidak sempat solat berjemaah, di pondok, solat berjemaah itu wajib.Tepat jam 12 kami dibenarkan tidur. Begitulah serba sedikit pengisian sebagai pelajar pondok.

Ada sahabat-sahabat bertanya apa syarat untuk masuk pondok.Mungkin ada yang merasakan perlu untuk alim bidang agama,tahu bahasa arab dan yang sama erti denganya. Ana tidak tahu sistem pondok di tempat lain,tetapi di pondok pasir tumboh,syarat kemasukan ialah MAHU BELAJAR..tidak tahu bertanya,

Untuk pengalaman peribadiku sendiri, ANA MENCARI APA YANG ANA PERLU, dan tidak menerima segala ilmu itu bulat-bulat.Dan berani Ana katakan, di pondok inilah tempat sebenar-benar untuk pencari ilmu Allah,di pondok berbeza d ipt, di pondok Ana belajar hidup susah,makan apa yang ada,mandi pun air kolah, sejuknya air kolah pun sejuk semulajadi, alhamdulillah qanaah dalam segala hal.

Jika soal lain, pakaian,para muslimat wajib menutup aurat,kebiasaan kami menggunakan jubah berwarna hitam atau gelap begitu juga tudung labuh hitam atau gelap beserta niqob. Tidak susah bukan. Alhamdulillah segalanya mudah. Pergaulan kami dengan dunia amatlah kurang. Perjalanan harian kami hanyalah setakat pondok ke madrasah dan sebaliknya. Tidak pernah ana melihat pelajar muslimin. Benarlah di sini, kami tidak memandang dan dipandang. Bersyukurnya. Alhamdulillah.

Ya Allah,kuatkan Ana jika Ana di luar sana Ya Allah.Jika soal bayaran,rasanya di sinilah tempat paling murah, iaitu sebulan lebih kurang RM50, bayaran itu untuk api,air,dan pondok.  Alhamdulillah, segala bekalan cukup di sini,soal telefon bimbit memang dilarang sama sekali, Jika ada, akan diserahkan pada ustaz dan akan dikembalikan setiap hari khamis untuk para pelajar berhubung dengan keluarga masing-masing.

Pondok ada peperiksaan ke? Sebenarnya sistem belajar di pondok lebih kepada talaqi kitab,( seperti guru menyampaikan mata pelajarannya kepada muridnya)di atas meja yang cukup sederhana kecil untuk diletakkan kitab.Selain itu juga, lebih kepada mengamalkan apa yang dipelajari dan sahabat-sahabat, terpulanglah pada hati, JIKA HATIMU KUAT MENUNTUT ILMU MAKA BERUSAHALAH, TETAPI JIKA SEKADAR SEBALIKNYA, SEGERALAH PULANG DAN CARI TEMPAT SEENAKNYA UNTUKMU.Kitab-kitab(MUHIMAH,HIDATUS SALIHIN,SIFAT20,FIQH WANITA DLL) bukan seperti kitab-kitab sekarang,ia ialah bahasa jawi lama yang memerlukan pengamatan yang fokus pada apa yang disampaikan oleh ustaz. Mula-mula agar sukar untuk Ana sendiri faham...tpi Alhamdulillah...ana boleh memahaminya dengan baik.


Inilah meja kecik yang digunakan untuk belajar..COMEL kan..(^_^)

Ya Sahabatku, sekalipun di pondok ini, tiada sijil, diploma,ijazah,tetapi jika hati dan kudrat telah dipasakkan IKHLAS untuk ilmu Allah,itu lebih nikmat ya sahabatku, dan sekalipun memperoleh sijil atau yang sama erti, anggaplah itu sebagai bonus dan Ana tidak menolak itu. ILMU DUNIA DAN AKHIRAT PERLU SEIMBANG,agar bisa menjadi muslimah yang punya keduanya. 

Sekarang Ana telah menamatkan pengajian di situ, ikutkan hati, Ana mahu tetap di penjara, mungkin terlalu merasa nikmat ilmuNya,kerana di penjara ini Ana rasa bebas-sebebasnya dalam pengabdianku meraih ilmu Allah,tapi Ana perlu kembali, melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dan hal keduniaan....yang pasti,Ana terlalu rindukan pondok,lambaian kasihku untukmu pondok,menjadi pelajar pondok mengajar Ana erti BERSYUKUR akan segala nikmat Allah, sekalipun tidak mencukupi, jangan mengeluh, ALLAH AKAN CUKUPKAN .Allah mahu didik Ana supaya menjadi muslimah yang SABAR & IKHLAS dalam menuntut ilmu..YA ALLAH..TERIMA KASIH..MATIKAN AKU KETIKA AKU MENUNTUT ILMU DAN MATIKAN AKU SEBAGAI HAMBA-MU YANG BERSYUKUR..AMEEN.

~~ AKULAH BANDUAN DI PENJARA NIKMAT ~~


Monday 13 June 2011

Apa Khabar JODOHKU


Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya 

kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.


Sunday 12 June 2011

Sentuhan Wadah Qalbu


Bismillah.
Assalamu’alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya dan selawat serta salam adalah untuk Rasulullah, ahli bayt, para sahabat baginda dan tabi’in semuanya.  Semoga Allah beri ganjaran setimpal dengan usaha mereka menyampaikan ilmu Allah di muka bumi ini.

Ingin sekali ana berkongsi pengalaman untuk kebaikan kita bersama. Mudah-mudahan, kita dapat memiliki sesuatu dalam artikel kali ini.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, marilah sama-sama kita istiqhfar kepada Allah swt.

Sentuhan Wadah Qalbu kali ini ingin mengupas sesuatu yang ada dalam diri kita. Bukan sedikit, tetapi besar ertinya kedalam hidup kita sebagai seorang hamba Allah.

Mencari dan terus mencari, ungkapan yang selalu kita dengari.
Tetapi sejauh mana kebenaran yang kita cari itu.
Adakah ia tersasar? Ataupun terpesong dari simpangnya..
Sama-sama kita ikuti hayati apa yang ingin ana sampaikan..


Kehidupan yang selama ini kita cari selalu terletak pada satu dasar dimana diatasnya pudar, dibawahnya kepincangan.
Kebahagian yang dicari manusia menerusi material, kemegahan laksana pohon-pohon muda yang tumbuh sesaat, berbuah sesaat, berbunga sesaat lalu apabila ditiupkan angin badai yang menimpa, pohon-pohon muda itu hilang kekuatan akarnya, menjadi rapuh umpama biskut yang dipijak-pijak, lalu ia menjadi debu-debu yang halus bertebaran jauh ke langit..

Kemudian, kita menangis, mencari tisu untuk merawat duka, tapi akhirnya, berdarah sentiasa mengalir, umpama hilang faktor clotting dalam darah.. Terus mengalir dari jiwa yang pening hingga meresap ke dalam botol akal fikiran.

Lalu kita cepat-cepat membuat keputusan, memikirkan sejenak mengenai masa hadapan hingga tergambar di bayangan minda, rumah idaman, kereta besar, pangkat yang tinggi yang akhirnya kita merasakan ia adalah kebahagiaan yang perlu kita kecapi.

Sesaat kita mendapat gelaran pangkat yang tinggi, hati kita selalu merasakan ia masih tidak mencukupi.
Namun, diri kita tidak pernah kenal erti cukup dalam dunia maya ini. Kita terus mengejar dan mengejar sehingga berjaya mendapat pangkat yang lebih tinggi. Tiba-tiba badai musibah mengusik kita, datang tanpa diundang dalam rumah hati kita.
Kita menjadi kaku dan layu, umpama cell-cell pohon dalam hati menjadi rapuh lalu terurai menjadi pohon tua yang menunggu masa menyembah bumi..
Inilah gambaran pohon hati yang sudah rosak.. Akarnya tidak disirami dan dibajai, sesaat berbuah tetapi hancur. Itulah gambaran kebahagian sesaat ...

Sejenak kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata kita. Lihatlah pada diri masing-masing.
Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita?
Sudahkan selama ini hidup kita menjadikan kehidupan kita benar-benar mengabdikan diri kepada Allah?
Sudahkan kita ikhlaskan diri kepada Allah?
Tepuklah akal kita supaya ia berfikir untuk diri kita...

Ketika kita pergi ke sekolah mahupun universiti, adakah kita telah mendidik pohon hati kita bahawa ijazah yang bakal dimiliki itu bukan untuk kita menjulang gelaran tetapi sesungguhnya demi pengabdian kita kepada Allah swt?

Cubalah kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri. Mari kita lihat:
Kemana selama ini, umur kita telah habiskan?
Kemana selama ini, kehidupan kita selama ini berikan?

Lihatlah diri kita ketika musibah itu datang. Berapa sering kita keluh kesal ? Malah, kita menyalahkan pula Allah kerana menurunkan dugaan sedemikian rupa. Kita tak dapat menerima takdir Allah..
Kita menyesali semua yang ada dalam hidup kita, seolah kita tidak pernah rasa puas dengan segala apa yang kita ada..

Kita tak menyedari sebenarnya hati kita yang sedang jauh dari Allah.
Hati kita yang saat itu tak mampu merasakan bahwa Allah itu dekat dengan kehidupan kita.
Bahkan akal keimanan kita dalam kehidupan kita sudah kering dan mati.

Dan kitalah orang muda yang lupa kehidupan ini untuk apa...
Marilah kita ucapkan istiqhfar kepada Allah.
Mari kita memohon ampun kepada Allah...
Astaghfirullah

Para pembaca sekalian yang dirahmati Allah...

Mungkin ketika kehidupan kita kering,
Kita sedar bahawa kebahagian material dan duniawi itu semua hanya sesaat.
dan kebahgiaan sebenar-benarnya adalah ketika kita menanam akar kecintaan kita kepada Allah,
yang tumbuh masuk ke dasar hati.
yang kemudian yang tumbuh tinggi menjadi pohon kehidupan,
yang menghasilkan buah kebahagian yang selamanya kerana,
kita merasakan Allah bersama kita,
Allah menaungi kehidupan kita,
Allah menjaga dirimu setiap saat meskipun ujian datang silih berganti,
maka,
mudahan-mudahan kita semua sama-sama dapat menyedari dan menyakini,
jadikan Allah cita-cita hidup kita yang paling utama.,
nescaya Allah menjaga kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

"Teguhkan bahteramu kerana lautan yang kamu lalui itu terlalu dalam untuk diharungi,
Banyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita cukup jauh untuk dijalani,
Ringankanlah belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam,
Ikhlaskanlah segala perbuatanmu kerana yang menilai kita amat mengetahui dan maha melihat apa yang kita lakukan,"
Oleh itu, segala yang kita lahirkan dari hati kita, dari perbuatan kita,
lakukankanlah kerana Allah swt,
bukan untuk kemegahan dan keagungan yang kita cari,
tetapi semata-mata Allah,
kerana keagungan kita akan ada bila Allah redha kepada kita.

Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini,
ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan,
tumbangnya pohon itu,
maka ranaplah kehidan kita..
Mudah-mudahan, kita diredhai Allah,
semoga Allah mengampuni kita semua..amin.

Semoga memberi manfaat pada semua pembaca..(^____^)

Friday 10 June 2011

Kekasih Halal (JOM SANTAI) (^___^)


Ya Allah, jika urusan duniaku adlh urusan_Mu, dan jika boleh aku memohon kepada_Mu, taqdirku adlh ketetapan_Mu utkku, namun Engkau mnjanjikn sebuah perubahan dgn ikhthiar dan do'a seorang hamba kpd_Mu.Maka pilihkn utkku seorg kekasih HALAL, yg hatinya tertaut kpd_Mu. seorang lelaki tp brhati sholeh, jgn sholeh tp brhati preman, agar dia mampu menuntun hatiku kpd_Mu, keserhanaan sikap sbg Imam dan hamba_Mu. AMEEN ya Rabb!

Uhibbuka fillah

 

Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata “Cinta kerana Allah”

Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…
Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“Temanku, aku mencintaimu kerana Allah”,

Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …

Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…

Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Teman, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Nabi SAW bersabda :
“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Wednesday 8 June 2011

Bisikan JIWAKU..

 
semalam aku kelukaan,
Semalam aku kecewa kehampaan,
sungguh mencabar ketabahan.
Semalam aku menangis,
Menangis menangis dan terus menangis,
Mengapa semua ini terjadi?

Mimpi yang sering ku harapkan
Tuk jadi kenyataan,
Kini terasa seperti telah musnah,
Masih ada lagikah harapan
Untuk mimpi yg kian musnah?

Langkah ku terhenti..kaku
seperti aku telah kehilangan arah,
Kekuatan untuk Bangkit,
Lemah tak berdaya.

Ya Allah...
Apakah aku telah KaLaH?
Haruskah aku mengalah?
Berhenti..cukup setakat disini?

Dalam tangis syahdu ku,
Kedengaran suara berbisik
Jauh di lubuk hati,
"inilah kehidupan"
"inilah dugaan"

Ya Allah...
Aku tahu..Engkau takan lontar ujian
Yang di luar kemampuan diri insani.

Ya Allah...
Pimpinlah aku untuk bangkit semula,
Untuk ku meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkanlah hati dan semangatku,
Berilah aku ketabahan hati
Agar aku bisa merai Kebahagian.
Hanya padaMu aku meminta Ya Rabb.



Tuesday 7 June 2011

Bersihkan JIWAMU terlebih dahulu..

Orang yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan
hatinya berkata
" Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosaku"

"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…

Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan
accident, miskin, sakit…
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang

Jika dia mendapat nikmat
dia merasa malu dengan Tuhannya
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu
Hatinya merasakan…" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?"
Cemas jiwanya,
gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
dia redha sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan

Bila disusahkan orang,
terus teringat dosanya
"Kerana dosakulah
aku disusahkan."
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan orang itu,
dengan kebaikan…

Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata,
bila-bila masa boleh tiba..

Gelisah dengan dosanya
amal-ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…

Kakinya di dunia
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan..



i LOVE my NIQAB

 I've started to put on the niqab. In Malaysia, niqab is not that prevalent. Although most of the muslim women do cover their hair, still... muslim women covering their full aurat is quite sparse. It's quite challenging wearing the niqab. Wherever I go, all eyes are on me (...well anyway that's how I feel) . The worst part is when, sometimes, small kids run away from me because they are scared of me. Look ma...hantu/ghost/zorro/ninja.....Sigh. I really feel bad about this. I do try to smile at them (although they can't see me from behind the veil) hoping that my warm and friendly aura can penetrate thru the niqab. 

There are varying reasons why I have decided to put on the niqab. My main belief is that the niqab is a form of sunnah. As much as I feel strongly that eating with my right hand is sunnah, so too, I do believe that covering of my face is sunnah. InsyaAllah, Allah swt has promises that there is success in adhering to Rasulullah saw's sunnah. With each sunnah that a muslim adhere to with istiqamah, Allah swt will grant him/her with 100 rewards of a syahid. Adhering to sunnah is totally alien nowadays. In this world of fasya and mungkar, following the sunnah or the way of rasulullullah saw's life is going against all that everyone else believe in. It is like swimming upstream against the flowing river. In fact, in a hadith, rasullullah saw has prophesized and told his sahabah that there will be a time when following the sunnah is like holding on to a burning wood fire.

Dikeluarkan oleh Abu Hakim daripada Ibnu Mas'ud ra sebagaimana dalam Kanzul Ummal dan Jami'us Saghir Rasulullah saw bersabda mafhumnya " Org yg berpegang kepada sunnahku di zaman perselisihan ummatku adalah seperti org yg menggenggam bara api" (Hayatus Sahabah Jilid 1 versi Melayu)
 
Truly, what rasulullah saw said applies to our time now. We are the "umat akhir zaman".

Everyday, we can see muslim women wearing skimpy clothing. In fact, in newspaper, magazines and tv, some muslim women wear very little clothing. However, nobody bats an eye at this. I bet no one will run away from these ladies and call them names...Look ma...almost naked lady! In fact, knowing the boys, I bet they will try to inch closer to get a better look at what is on display.

I bear no grudges to these semi-clothed ladies or the public who look down upon people who choose to cover their face. After all, this is my battle...my jihad. I am doing this first and foremost for myself. For my iman. It is said that adhering to sunnah is likened to a shield. A protection for our iman. The more sunnah that we practise in our life, the stronger the shield that you built for your iman.
When i first started to put on the niqab, I was overly conscious. Fearing that all of my actions are under close scrutiny by the misunderstood/misinformed public. I chose to stay indoors. Feeling that my iman is too weak to face any criticism from anyone, I felt that it is best if I stay clear of the general public. Closing myself off from even friends and family. In fact, I barely venture out of my home. Even to step off my front lawn to water the plants or hang my laundry became such a chore. Somehow, I've become pseudo-agoraphobic ( is there such a word).


Alhamdulillah, as days passed by...slowly ALlah swt gave me understanding. It is not important that people around me do not understand the niqab. It is true...tidak kenal maka tidak cinta. Before this, I used to feel the same way about the niqab. I am helpless to change the public's opinion. Only ALlah has power to do this. I am the person who must first change. Granted, I am wearing the niqab as a journey for my iman...but to have peace with my niqab, I must also understand that I should wear my niqb with pride. Not because I feel that I am far better off than the average muslim women...NO...I must feel proud because I have been blessed that Allah swt has shown me to this path. So, it is my duty to wear the niqab in public. To show to the rest of the people that it is not an ugly and fearful clothing. To show that I am just an ordinary person..yet I put on the niqab. Not because I am superior in knowledge or amal. But because it helps me to control my eyes and my attitude. It helps me to be wary (tawajjuh) of ALlah swt. To reinforce in me the idea that ALlah swt is ever watchful of me.

Thus, it is sad but true...I am just an average muslim lady. Battling everyday against my personal weaknesses and devils. My Friend(SAMS) said, we aredefinitely not the best of people...But everyday, we strive to better ourselves. Sometimes we fault and err but, we try outmost to never give up. After all, we are weak insans covered with much sin. Only ALlah is Most Rahman and Most Rahim. He understands and helps us through the bumps and dips in our journey. Life is too short. Barely seconds compared to the infinite akhirah. Who knows when my number will be up. Hopefully, through this small effort on my part, I pray that I shall obtain ALlah swt's benevolence. Insya ALlah. AMin


Monday 6 June 2011

KU BERDOA PADAMU


Ya ALLAH,
Sunyi malam ciptaanMu telah menggamit hatiku untuk meluahkan pendaman yang telah lama kusimpan. Tenang angin hembusan malaikatMu menaikkan rasa sayu dan menambahkan keinginanku terhadap maghfirahMu. Namun aku sedar siapalah diri ini. Terlalu kecil untuk dipandang, terlalu hina untuk dikasihi, terlalu kotor untuk di dampingi Tuhan Yang Maha Agung.

Ya Tuhanku,
Jika dahulu, titisan air mata kekesalan sering dititiskan untukMu, namun kini aku tercari-cari ke mana hilangnya. Pastinya segala dendaman dosa telah menjadi kubu dan menghalang diri ini memperoleh ketenangan hakiki. Jika dahulu, kerap kali lidah ini memohon keampunanMu, tetapi kini anggota ini banyak sekali menyumbang dosa, kata-kata dusta dan sia-sia menjadi hiasan lisan yang meragut kesucian iman dan aku semakin tenggelam dalam lautan mungkar dan noda.

Ya Rahman,
Terasa benar hati ini sekeras batuan dipantai. Kalimah suci dari kitabMu tidak lagi berkesan untuk memberi keinsafan pada diri ini. Bingkisan nasihat dan teguran langsung tidak melekat pada dinding hati ini sebagai peningkat tahap keimanan kepadaMu. Sekalipun aku sedar, namun diri ini terlalu berat untuk memohon keampunanMu. Kadang-kala aku lupa, lalai dan selalu merasa sukar untuk mencapai keikhlasan dalam panjatan doa-doa seharian kepadaMu.

Ya Jabbar,
Segala perlakuan dan kata-kata dilontar tanpa menyedari Engkau Maha Melihat dan Maha Mendengar. Ibadat yang dilakukan tiada didahului dengan keinginan memperolehi REDHAMU. Aku seumpama melangkah jauh dariMu dan hakikatnya Engkau tidak pernah lupa padaku. Terbukti apabila nikmat dan kurniaan dariMU kekal Engkau anugerahkan. Pelbagai bentuk ujian Engkau turunkan agar diri ini sedar segala kesilapan dan kembali mendekatiMU. Dan di sinilah aku berteleku di atas hamparan usang menghadap kiblatMu, memohon keampunan yang tidak pasti kumiliki.

Ya Rahim,
Hinanya hambaMu ini.. Ya ALLAH, apabila jasad dan hati ini tidak tahan dengan ujian barulah diriMu didekati. Ke manakah hilangnya ikrar dan janji yang dilafazkan setiap hari untuk bergantung dan berserah diri kepada ALLAH setiap masa dan ketika? Adakah NERAKAMU yang bakal dihuni kerana keingkaran diri daripada menurut perintahMu. NA'UZUBILLAH MIN ZAALIK..

Ya Aziz,
Entah sampai bila aku harus berterusan begini… Kekadang patuh dan menumpahkan sepenuh cinta kepadaMu. Kekadang berlaku mungkar dan khianat pada janji sebagai hamba dan khalifahMu. Tetapkanlah IMAN DIHATI INI YA ALLAH… Dan bantulah aku untuk melakukan segala amanah sebagai hambaMu dan KHALIFAH di muka bumiMu. Lenturkanlah kekerasan hati ini dan kurniakanlah KEREDHAANMU..

Ya ALLAH,
Terimalah sebenar-benar pengakuan yang dilafazkan oleh hambaMu yang kejahilan ini. Seandainya hidupku ini hanya menambah MURKAMU dan membebankan diri ini dengan tanggungan dosa, Engkau bantulah diri ini untuk berubah kepada yang lebih baik. Sekiranya mati itu lebih baik bagiku, Engkau matikanlah aku dalam HUSNUL KHOTIMAH. Sesungguhnya Engkaulah TUHAN YANG MAHA MENGABULKAN SEGALA DOA DAN PERMINTAAN H
AMBAMU..

Jodoh itu KETENTUAN ILAHI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


Hari yang berlalu pergi, terlalu berharga buat diri
 
Hari berganti hari. Siang malam silih berganti. Hatta musim berlalu pergi. Itulah sunnah alam ini. Justeru, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menambah bekal sebelum dijemput ke ‘daerah abadi’. Sekejap sungguh masa berlalu. Moga Allah menilai setiap detik dengan belas kasihan-Nya.
 
 
Pelbagai berita, pelbagai cerita kita dengar. Rata- rata isu yang hangat diperkatakan tidak lain tidak bukan pastinya isu nikah, isu jodoh dan seangkatan dengannya. Maklumlah “Nikah connecting people”.

Sesungguhnya niat dan titik tolak setiap insan pada marhalah ini amat murni dan sangat suci jika setiap satunya tahu tanggungjawab yang bakal digalas. Melebarkan sayap dan mengembang zuriat buat Islam tercinta memerlukan manusia yang pantang menyerah pada keadaan dan ujian. Apatah lagi dalam mendefinasikan cinta dan melaksanakan mahligai ini. Terdetik pula hendak mencoret kata mengenai isu ini sebelum dilambakkan kenangan indah keluarga kami.


Adanya ikatan, maka bermulalah cinta.

Hari ini, tema dan persoalan cinta kian popular di kalangan masyarakat kita. Tak kira muda ataupun tua. Cinta atau bercinta bukanlah satu kesalahan, tetapi silapnya apabila seseorang itu mengunakan anugerah ini bukan untuk mengembangkan potensi diri mencari keredhaan Allah, sebaliknya melayani hawa nafsu yang disogokkan oleh musuh-musuh Allah. Telenovela demi telenovela cinta menghiasi hidup kita. Kita juga sudah dikelirukan dengan konsep cinta. Alhamdulillah baru-baru ini kebanyakkan blog sudah mengupas “Apa itu cinta sebenar?”. Setidaknya kita sudah mendefinasikan dengan apa yang Islam mahu.

Konsep cinta menurut perspektif Islam adalah cinta kita kepada Allah iaitu mahabatullah iaitu kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Cinta terbahagi kepada dua iaitu cinta makhluk kepada Pencipta dan cinta makhluk sesama makhluk atau dalam erti kata lain cinta sesama manusia. Bahkan cinta sesama manusia itu juga banyak tahapan dan semestinya harus disandarkan kepada Allah. Cinta antara bani adam dan hawa seharusnya diurus dengan kaca mata syarak. Apa yang Allah cipta tiada satu pun yang sia-sia.
 
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

(Surah Az-Zariyat : 49)

Mari kita renungi sebentar ayat 1 Surah An-Nisa’ untuk mengingatkan diri akan hakikat penciptaan diri dan kelangsungan manusia di muka bumi

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu, dan Dia menciptakan daripadanya pasangannya, dan memperkembang-biakkan dari mereka berdua laki-laki dan perempuan yang banyak. Maka bertakwalah kepada Allah yang beserta-Nya kalian saling meminta satu sama lain, dan juga saling mengikat dalam kasih sayang. Sesungguhnya Allah Maha Mengawasi kalian.

Maka kelangsungan manusia di muka bumi dirai. Sangat dirai oleh Islam dengan menganjurkan pernikahan. Cinta itu diikat dengan ikatan yang sah dan hanya disuburkan selepas ikatan terbina dan tiada noktah untuk dihidupkan.

 

 Fitrah harus diurus, bukan dibiar ikut arus

Perkahwinan itu sunnah. Perkahwinan itu indah. Maka jangan dinodai dengan sesuatu yang keji dan jangan pula dibiar nafsu yang mengapalai. Namun realiti hari ini ramai sungguh mereka yang terlanjur sebelum pernikahan. Apabila disoroti laman-laman ustaz yang disegani, pelbagai persoalan praperkahwinan diberikan. Ada yang sudah pun berzina sebelum perkahwinan. Na’uzubillah. Moga Allah lindung Muslimin di jalan cinta para pejuang. Bahkan ini peringatan buat kita, sebarang hubungan sebelum perkahwinan hatta tempoh bertunang bukanlah greenlight untuk berdua-duaan. Masih belum ikatan sah. Jauhilah!!!

“Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.” (1) UZAR

Maka, beringatlah wahai diriku dan teman-temanku.  
 
Merisik – antara cara mengurus cinta

Jika benar Sang Adam yakin si gadis untuk dirinya, usahlah teragak-agak. Segeralah. Gunakanlah jalan selamat lagi diredhai Allah. Dalam urusan jodoh laksanakanlah sebagaimana yang syarak anjurkan dengan jalan istkharah dan berbincang. Jika sudah serasi ambillah langkah yang diizinkan Allah iaitu berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji yang dibina. Jika pinangan anda ditolak usah kecewa kerana untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa sudah pasti jalannya berliku dan penuh cabaran. Usah malu dan putus asa teruskan berusaha. Jodohmu pasti ada.

“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.”

(HR Ahmad)

Buat si gadis pula, ambillah masa untuk berfikir sedalamnya. Jika ditolak kerana alasan tidak bersedia. Maka tidakkah terfikir olehmu apa gunanya fatrah bertunang. Bukankah itu platform untuk anda bersiapkan diri? Kaum Adam pasti tidak mengemari jawapan anda, jika hanya berkata “Saya belum bersedia!”

Bertunang fatrah emas dan cemas

Jika sudah mengambil keputusan, sudah terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah. Perlaksanaan khitbah dalam Islam ada pelbagai cara sebagaimana dicontohi dalam sirah (2)*

  1. Khitbah melalui keluarga si gadis
  2. Khitbah dengan menyampaikan secara langsung kepada si gadis bukan walinya
  3. Khitbah si gadis kepada lelaki soleh melalui orang tua atau kerabat atau dirinya sendiri
  4. Khitbah secara sindiran semasa iddah

Justeru, gunalah saluran-saluran yang ada (keluarga, orang tengah dan baitmuslim). Wanita punya maruah dan sifat malu dan lelaki pula selaku penjemput anda juga ada harga diri dan sikap ‘kelakian sejati’. Menjemput wanita biarlah kena cara.

Khitbah. Inilah tempoh emas untuk keduanya mengenali hati budi masing-masing, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak.

Inilah juga tempoh cemas, kerana banyak persiapan dan persediaan yang keduanya perlu lakukan. Dan tempoh ini jugalah pelbagai cubaan dan dugaan biasanya bertamu. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. InsyaAllah jika kita memahami tujuan tertubuhnya sebuah ikatan rasmi, Allah akan permudahkan. 
 
Harapanku, harapanmu jua

Harapan Sinar, semoga Allah ukirkan takdir yang terindah untuk semua. Buat yang selalu berkongsi cerita, moga Allah mudahkan perjalananmu. Buat yang masih gelisah akan jodoh tak kunjung tiba, nasihatku bersabarlah. Allah masih memberi peluang untuk kita memanfaatkan masa muda ini dengan mengapai cita-cita seindah pelangi. Akhirul kalam, sama-sama mendidik diri supaya mampu memberi komitmen yang sebaiknya jika melangkah ke alam baru. Usah dirisau jika tiada, kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Jika jodohmu tidak di dunia, di syurga sana pasti ada.




 

Sunday 5 June 2011

Terimalah TakdirNYA dengan IKHLAS

 
 
Wahai diriku,tidak ada jalan lain dan ikhtiar kecuali kepada Allah. Perkukuhkan solat 5 waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa untuk membaca Al-Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri jika terasa mata telinga terlalu liar untuk dikawal. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian.

Ya Allah...

Uzlah aku daripada kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. Qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberikan kepada yang lain. Sabar aku dengan karenah insan yang menjadikan bahan ujimu untuk mendidikku. Syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. Pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai 'karma' kejahatan ku pada mereka.


Ya Allah...

Aku belum sampai, tetapi sungguh aku telah memulakan perjalanan walau susah sungguh untuk pasrah padaMu penuh seluruh! Lihatlah aku, kasihanilah aku, kutiplah aku Wahai Allah. Ku pohon padamu,tetapkanlah hatiku.


Kembaraku baru bermula. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan aku dididik untuk terus kuat dengan semangat dan azam untuk sentiasa mengingatiMu...


Hidup adalah satu perjuangan, mana ada orang yang tidak berjuang dalam hidup. Kadang kita menang dan kadang kita tewas. Bila menang kita bersyukur dengan kurniaan dan kenikmatan hidup yang dianugerahkan Allah pada kita. Tika tewas dengan kehidupan kita perlu muhasabah diri, kembali semula kepada Allah, mohon keampunan dan petunjuk. Mungkin kita telah jauh daripadaNya. Jauhnya kita daripada Allah yang membuatkan perjalanan hidup kita suram dan gelap. Mungkin juga Allah sengaja mahu menguji iman kita. Mahu melihat sejauh mana kita pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Mungkin Allah mahu memberi ilmu dan mendidik kita. Mungkin juga Allah mahu mengangkat darjat dan martabat kita pada satu tahap yang lebih tingi dengan ujian yang diberikan. Walau apa pun kemungkinannya, kita sebagai hamba tidak selayaknya mempertikaikan sama sekali apa saja keputusan daripada Allah. Mukmin yang baik akan akur dan redha dengan semua suratan yang Allah zahirkan dalam kehidupannya.


Bila mula mencoret sebegini, saya sebenarnya telah memberikan terapi pada diri sendiri. Walau tidak mudah menerima sesuatu takdir daripadaNya yang bertentangan dengan kehendak kita, hati perlu cuba untuk mujahadah menerima seikhlas mungkin takdir yang telah tersurat buat kita. Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti, justeru jangan sesekali cuba untuk mengawalnya.


Kita tidak akan tahu qada' dan qadar Allah SWT, itu rahsia dalam rahsiaNya. Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti akan berlaku. Belajarlah untuk melepaskan, usah dicalarkan iman dengan istilah 'jika' dan 'kalau'. Innalillah, redha dan pasrahlah dengan ketentuan Allah. Ketahuilah walau di tangan, di bawah mata sendiri atau di mulut sendiri, andai ditakdirkan hancur, musnah dan terlepas, pasti punah juga. Paling penting bersangka baiklah. Allah akan menyelamatkan kita. Allah akan memberi ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat, manis jadi madu. Renungilah setiap kejadian itu, tentu ada hikmahnya.


Kata pujangga 'Kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya, dan sesuatu pengakhiran kadang-kadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik'. Mudah-mudahan ini adalah permulaan yang baik. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Cantik Sangatkah Diri Kita ini???

Apakah yang kita lakukan apabila bangun pagi? Biasanya, setelah menggeliat dan menggenyeh mata, kita akan terus ke bilik air untuk menggosok gigi. Selepas itu mandi, bersabun dan bersyampu. Usai bersolat, kita bersolek. Bagi perempuan, wajah jadi cantik setelah dilukis semula. Bagi lelaki pula, wajah kembali terurus setelah membuat landscaping kecil dengan menebas misai dan janggut serta menyikat rambut.
Buat orang lelaki, tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
Buat orang lelaki, tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
Itulah kebiasaan yang kita lalui sebagai manusia yang berkerjaya. Bagi golongan suri rumah, pelajar, mahupun yang masih belum bekerja, rutin harian yang dilalui lebih kurang sama juga. Dalam masa tidak sampai sejam, kita sudah pun siap. Kita lalui semua proses mendandan diri separuh robotik ini sebaik sahaja bangun tidur.
Namun, pernahkah kita berhenti seketika, termenung dan merenung kembali buat seketika? Apabila bangun tidur, sebelum melompat atau bermalas-malas mengheret kaki ke bilik air, terciumkah kita bau tubuh sendiri terutamanya bau yang datang daripada mulut kita? Wangikah ia?
Apabila membelek wajah di cermin, lihatlah kelayuan mata sendiri yang cengkung dan bergelanggang kerana belum dipalit kelilingnya dengan celak dan shadow. Berapa garis kedutkah yang kita ada. Kurang daripada sepuluh atau sudah tidak terkira? Biasanya kita tidak sempat membilangnya kerana cepat-cepat menutupnya dengan bedak.
Bila diperhatikan betul-betul, rambut kita yang ikal seperti seludang kelapa sudah semakin lurus seperti berus periuk terpakai. Tidak lama lagi, warna putihnya akan melebihi warna hitamnya. Misai yang tebal pun sudah jarang-jarang dan tidak tentu hala tumbuhnya.
Otot-otot di tepi bibir yang biasanya ternaik hingga menyerlahkan wajah kita seperti orang yang sentiasa tersenyum, kini sudah kendur. Akibatnya, wajah kita yang serius kelihatan seperti sedang mencebir; menjadikan wajah kita persis orang yang sudah putus urat senyumnya.
Carilah kembali tanda lahir di tubuh, sama ada tompok putih di belikat atau garis di celah paha ~ yang hanya diketahui juga oleh pasangan kita; yang juga menandakan kita bukan manusia sempurna seperti batang tubuh artis yang sudah diphotoshop di komputer. Bagaimana pula perut yang punyai kesan pecah lemak hingga berjalur-jalur pecah seribu, tompokan hitam atau kutil yang mula tumbuh di merata tubuh?
Dan, lihatlah diri kita secara keseluruhan di cermin secara 360 darjah. Tataplah bentuk tubuh kita sendiri daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kepala, leher, tengkuk, bahu, lengan, dada, perut, paha, betis dan akhir sekali, kaki. Eh, sejak bila lubang hidung kita dah tak sama saiz rongganya? Bila pula tubuh kita rebeh sebelah?
Kita kini tidak lagi persis model yang cantik dengan keluk, lekuk dan luk di bahagian-bahagian yang sepatutnya. Justeru itu, apakah kita kini seorang manusia... atau kita telah bertukar menjadi makhluk yang menggelembung di sana-sini di bahagian-bahagian yang tidak seharusnya?
"Tidur itu saudara mati." Demikian sabda Rasulullah, s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani dan Baihaqi. Ertinya, bangunnya kita daripada tidur itu seumpama bangun daripada mati. Wajah kita pucat, tidak terurus, tidak bermaya dan berbau. Sebenarnya tubuh dan wajah kita amat hodoh sekali!
Tetapi, oleh kerana terlupa mahu melihat kekurangan fizikal diri sendiri, kerana hendak berkejar menyoleknya, maka kita sudah alpa akan kecacatan bentuk zahir kita. Apabila kita menyarung baju yang lengkap dengan jalur dan warnanya, atau ropol dan rendanya, kita kelihatan segak sekali. Maka apabila mengatur langkah dengan bergaya kerana kasut tumit tinggi menjadikan postur tubuh membusung di ponggong dan dada... wah siapa yang tidak ingin menatap lebih daripada sekali?
"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)." (Az-Zumar 39:42)
Sedangkan fizikal kita sendiri kita lupakan kerana sentiasa disalut dengan pakaian yang indah-indah, bagaimana pula dengan spiritual kita? Jika yang boleh dilihat itu tidak selalu dipandang, bagaimana pula dengan bahagian diri kita yang tidak dapat ditilik?
Apakah batin kita secantik yang kita anggap selama ini?
Ataupun ia lebih hodoh daripada kita yang zahir ini?

BerCINTA kerana Allah


Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.
Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Wallahu’alam.

Thursday 2 June 2011

BULAN REJAB..penuh keberkatan

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...