Saturday 28 May 2011

Buat MUJAHIDKU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang daku memulakan coretan daripada lubuk hatiku ini…
terimalah coretan ini dengan hati yang terbuka daripada bakal isterimu ini…

daku coretkan khas buatmu….

Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat…. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu… itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa…
Wahai bakal suamiku, Aku sedang menantimu, Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, Seorang rijal yang mencintai melebihi segala-galanya kpd Sang Khaliq Seorang mujahid yang mengharapkan darahnya tertumpah sbgai darah syahid… Seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah.

Wahai bakal mujahidku, AKu tahu kau seorang yang tegas dan berani,
Kau tidak akan pernah takut untuk berkata benar,
Kau juga tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai dirimu Kau juga akan sentiasa tidak putus-putus untuk mengajakku berjuang berjihad fisabillillah…

Wahai bakal imamku, Ku harapkan kau akan selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Dengan zikir-zikir munajat,

Kau yg selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..Subhanallah…….
Dengan zikir-zikir munajat…Allhamdulilllah…..
Dengan surah-surah rindu yang dihafazmu….

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Kau menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Kau memang sentiasa kelihatan penat
Matamu penat kerana membaca
Suaramu lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badanmu letih kerana bermunajat di malam hari

Kau sentiasa mengingati mati
Bagimu,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Kau sentiasa menjaga matamu dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Kau sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Kau seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapamu
Kau juga sentiasa berbakti untuk keluargamu

Kau sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Bagimu, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imanmu yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Kau sentiasa menjaga solamu kerana itulah maruah dirimu
Kau sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Kau tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Kau sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Kau juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungmu
Kekasih sejatimu dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Kau selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Kau ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Kau ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai Kau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta
Andai kau hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku padamu
Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilihmu


Siapakah kau..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah kau jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga kau tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan kau
Kerana..
Kau pilihan ku..

Wahai bakal mujahidku…
Mujahidahmu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu… cume, mujahidahmu d sini sangat kisah tentang keaadaan imanmu…. Aku amat berharap… kau adalah salah seorang yang akan menyambung perjuangan nabi ,kita…muhammad s.a.w…kerna….impianku…. Adalah untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu... Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid… mujahidahmu disini memerlukanmu untuk merealisasikan impianku ini….pintaku.. Janganlah kau biarkan impianku ini hanya impian dan angan-angan yang kosong sahaja…. Kau teruskanlaH memimpin tanganku…. Papahlah aku…. Bantulah aku….. Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu,membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu wahai mujahidku demi memperjuangkan agama Kekasih kite yg Hakiki…

Wahai bakal mujahidku…. Mujahidahmu ini amat berharap agar kau tidak akan merasa putus asa dan jemu untuk terus memperbaiki dirimu agar menjadi rais ataupun amir yang sangat tegas dan teguh imannya untuk aulad2 kite nanti… kau persiapkanlah segala bekalan untuk hadapi sebarang kemungkinan nanti… sesungguhnya, tidakkah kau mahu melihat zauj dan zaujah kite memperjuangkan agame kite supaya tidak ditindas lagi…?? Ku pasti…itu jugalah harapanmu… jadi…seeloknya, kau lengkapkanlah dirimu dgn ALLAH dahulu, barulah dgn manusia..agar msjd yg bakal kte bina kelak, benar-benar kdngaran azannya, dan akan hadirlah ma'mum-ma’mum yg soleh, solehah, lagi brtaqwa, berbaris dibelakangmu….yg mana kau muslimin sebagai imamnya..tiada ungkapan cinta terindah, melainkan cinta pdNYA yg Maha Esa, oleh i2, carilh cinta, yg dpt mndktkn drimu, pd cinta ALLAH, bkn menjauhkan..

Sesungguhnya wahai mujahidku… aku tahu.. tiada hiasn terindah utk dirimu, melainkan seorang zaujah yg solehah, lagi brtaqwa, yg brsme-same denganmu, dlm prjuangn ni, suka, mahupun duka..
tapi, walaupun sukar…aku disini akan tetap cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik sebagai serikandi dalam perjuanganmu yg paling setia dan hebat sekali dalam membantumu melaksanakan misi jihad kite……
Wahai bakal mujahidku sesungguhnya… aku tidak hanya akan mendoakan kau hidup kerana ALLAH…
tapi, aku juga akan mendoakan matimu kerana ALLAH…., kerana.., ku tahu…tiada yg terindah mnjadi muslim, kcuali, dpt mati dlm Islam, dlm hti yg pnuh ketaqwaan pd ALLAH s.w.t..

wahai bakal mujahidku… ketahuilah… aku di sini sedang menantikan kau seorang rijal yang mana… halal cnte kte, padamu… halal dating kte, denganmu… n halal jke prjuangn ini, kte brpimpinan tgn dgnmu...smoga kau brsme-sme denganku dlm prjuangn ini…aku disini ingin menjadi pendampingmu yang paling setia…

wahai bakal mujahidku…
sebenarnya, kau tahu kan…tiada stilah 'dating' dlm Islam, smua i2 ungkpn dr kuffar la'natullah… kte ummat Islam, hnya bleh brsme org yg halal bgi kte… sesungguhnya Islam dh tetapkn garis pnduan dlm prgauln mslmn n mslmt, utk kte ikut, jke kte mngaku kte sorg mslm…

wahai bakal mujahidku…
Islam,jgn hnya pd nme,tp,gaya hdup....
ku harapkan…kau teruskanlah melakukan perubahan islah dalam dirimu…teruskanlah langkahmu merantau segenap dunia untuk mengukuhkan iman dan ilmumu… agar kau dapat dijadikan contoh yang terbaik dan terdekat untuk aulad2 kite nanti… biar kalimah syahadah,benar-benar mengalir dlm dirimu…,biar setiap titis cinta dan darah kita,hnya utk ilahi…,dan hnya akn brcinta kte dgn mnusia…,jika dgn cintanya,kte dpt mnuju cnta ALLAH..

ketahuilah wahai bakal mujahidku….
Perjuangn..sbgai sorg muslim sjati,xkn brakhir prjuangnmu,selagi dua telapak kakimu,tidak menjejaki pintu syurga...
ingat lah,innalillahi wa inna ilaihi rajiu'un..jgn skdr ucapkn saja,fhami btul2 ucapn 2,"dari ALLAH kita datang,kpd ALLAH kita kmbali",bkn skdr ucapn,tp,peringatn buatmu wahai bakal mujahidku...

Wahai bakal mujahidku...setiap hari antara doa yang tidak lupa utk ku panjatkan kpd Ya Rabbi adalah doa untukmu…. “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama denganmu mujahidku… menemanimu dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…mujahidahmu ini lupa lg… sesungguhnya seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuanganmu tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hatimu telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuanganmu.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, kau menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatimu? Walaupun setelah aku curahkan selautan sayang.. aku legakn penat lelah perjuanganmu dengan gurauan manja.. aku cukupkan makan pakaimu….kau masih tidak boleh leka dr perjuanganmu!!

isteri dan anak-anak

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakanmu dari perjuanganmu yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab kau leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati kau yg telah sarat dgn cinta kau kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala kau perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn kau pergi sedangkn hati ini tahu kau yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir??

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn kau tatkala kau terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi kau dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk aku memiliki kau, kerana aku sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

banyakkan bersabar wahai diri...
wahai bakal mujahidku…
Hatimu…. janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahidah, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hatimu… janganlah kau lekakan hatimu dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu kau raih.... Hatimu…, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan kau tahu, hatimu tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hatimu… bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Wahai bakal mujahidku… hayatilah kata2 terakhir dariku ini khas untukmu wahai bakal mujahidku…….

Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.
Dan pada saat kekecewaan itu,

Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.

Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.
Kekasihku Allah..

Wahai mujahidku…. Pintaku yang terakhir darimu…..Kau tuntulah ilmu sebanyak yang mungkin…. Agar, nanti….aku bisa merasakan ketenangan dalam pelukan tarbiyyahmu…. Amalkanlah ilmumu…. Agar… aku dapat menjalani kehidupan tanpa terpesong dri jalanNya hasil bimbingn dri padamu….

Wahai bakal mujahidku…ketahuilah….ku harapkan akulah orang pertama kau meluahkan cinta dan kasih sayang… kerna..aku di sini masih setia menantimu… aku masih pelihara hati ini daripada dicerobohi oleh mana2 rijal pun…kerna, ku tahu…. Hati ini hanya kau sahaja yang layak untuk mengisi ruang cintaku kepada cintaanNya…wahai mujahidku… ku akui…aku akan kecewa seandainya sebelumku, sudah ada yang telah mendengar n mendapat ungkapan kasih n cintamu…sudah ada yang menyentuhmu… sudah ada yang mengetahui rahsia zahir dan batinmu….sesungguhnya, semua itu adalah hak aku untuk mengetahuinya setelah aku sah menjadi hak milikmu… bersabarlah n kawallah nafsu cinte remajamu yang ku pasti..kini smkin hebat bergelora-lora yg minta di puaskan dalam dirimu… tpi, ketahuilah wahai bakal mujahidku…walaupun prasaan cinta dan ingin dicintai itu lumrah dalam kehidupan insan seprti kita… tidak bermaksud kite perlu memenuhi kehendak nafsu itu sebelum tibe mse yg sesuai nanti…kerna, tiada 1 pahala pun yg akan kau dapat melainkan dipenuhi dengan dosa dan noda2 hitam dalam hatimu…. Cinta yang lumrah itu tidak perlu kau hapuskan… tpi, kau wajib mengawalnya… begitu juga denganku… percayalah…seandainya kite berdua terus istiqamah dalam menjaga hati kite… ku pasti…kemanisan yang paling hebat dalam percintaan yang tidak akan kau dapat selain daripada sehangat kasih dan cintaku sebagai isterimu… yakinlah wahai bakal mujahidku… mungkin kite akan mendapat kemanisan sebagaimana manisnya kehidupan percintaan Rasulullah dengan Siti Aishah… ataupun, seperti kehidupan Qani’ah dengan Dr Muslih dalam karya Fatimah Syarha bertajuk pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul…

Wahai bakal Rijalku…
Walaupun ramai yang hadir dalam hidupku… yang berserban…xkurang juga yang berjubah…. Memang tergugat imanku… namun… ku yakin n percaya bahawa kau lebih terbaik untuk menjadi mujahidku… wahai mujahidku… usahlah kau risau ya..aku di sini setia menantimu… harapanku, agar kau tidak mensia-siakan penantian n pengorbananku ini kepadamu… kuharapkan…agar kau janganlah mencari mujahidah lain selain daripadaku untuk mendapatkan kasih sayang, belaian manja, kata-kata cinta, sentuhan yang dapat menghilangkan keresahanmu dan seumpamanya… bersabarlah wahai bakal mujahidku… saat itu akan tiba tidak lama lagi… akan ku sediakan surprise yang paling special skali hanya untukmu wahai mujahidku…

Semoga bermanfa'at

Munajat seorang hamba Allah.

Ya Allah......Maha Suci Engkau.....
Engkau telah menciptakan aku,sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut....
Engkaulah yang memberi kepadaku akan setiap kejadian hidup dengan urusan yang mudah,
Betapa pendengaran,penglihatan, hati dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak,
Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku kejalan-Mu dengan perantaraan seorang hamba yang Engkau telah mengutusnya kepada segenap umat manusia sebagai lampu menerangi..
Iaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan,
Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa
Kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepada-Mu dengan kehendak-Mu

Dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Disinilah aku brdiri di pintu-Mu Ya Allah, dengan menangis dan menyesal,
Dan mohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan,akulah seorang yang memohon keutamaan-MU adalah Agung.
Ya Allah,janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku dipintu-Mu,

Dengan kekecewaan dan kesedihan.
Masukkanlah kami kedalam golongan orang-orang yang soleh yang sama
 mensucikan Engkau seraya memuji kepada-Mu sepanjang waktu.
Dan tetapkanlah pada kami kasih sayang dari sisi-Mu,maka kepada siapa selain Engkau
Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
 Ya Allah......Maha Suci Engkau.....





Thursday 26 May 2011

Bila Hati Qalbuku Mula Berkata..


Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan…. dia bukan milikku… Bawalah ia jauh dari pandanganku supaya aku tidak brtrusn mlakukn ksilapan ini…. Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…. Berikanlah aku kekuatan… supaya dapat melupakan dirinya… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan ya Allah yang tercinta… Gantilah dia dengan seseorang yang Engkau telah takdirkan utkku…

Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buatku…. kerana Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

Salam Sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…


“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini… Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calon zaujku,
“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan Walidku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ :1)

Calon Suamiku yang dirahmati,
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, InsyaAllah. 

Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam
Dari,
Tulang rusuk kirimu.


Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…
Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …


Bila GIGI GERAHAM bongsu nak Tumbuh..

Sudah Dua hari Ana sakit.Kesakitan yang amat menyakitkan sehingga mengurangkan nikmat makan Ana selama ini.Rupaya wisdom teeth ataupun gigi geraham bongsu nak tumbuh.Gigi baru tuh baru nak keluar secara sedikit-sedikit.Mengikut kajian yang Ana lakukan,gigi geraham bongsu ini selalunya akan tumbuh kepada mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun.Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian tentang geraham bongsu nih:

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).
Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.
Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.
Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

Jadi...buat masa sekarang ni gusi ana tengah membengkak.Dah try guna pain killer ataupun dalam bahasa mudahnya ubat tahan sakit tapi tak bagi apa-apa kesan pun.

Yelah..bila enta/enti nak makan gigi geraham atas akan tindih tisu gusi yang ada di rahang bawah. Jadi ngilu la gusi dan gigi ana (AUUUUUUW) :-(.Semalam dah pergi klinik..ada seorang hamba Allah nie baik sgt..bawa ana prg klinik..syukran sekali lagi padanya,kerana bersusah payah bawa ana ke klinik.Dr sulaiman pun bagi 5 jenis ubat. ( antibiotik,tahan sakit,demam,ubat gusi dan sakit pala) (^__^)..haaa tudia..mudaha2an ana cepat sembuh..Amin ya Rabb.


P/s:Dipost entry ini dalam keadaan yang sedang berdenyut-denyut di persekitaran gigiku..auuuuuuww...sakitnya..Astrgfirullah alazim...

Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa..
Hadis Qudsi

Wednesday 25 May 2011

Bercerita tentang PERKAHWINAN



Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?

Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.
Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah.

Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.”

Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?
Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah.

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah.

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.
Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman.

Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?
Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.
Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?

konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.
Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.

Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?
Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.

Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.

Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?
Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.


Sunday 22 May 2011

Istikarah CINTA


Andaikan Kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan
menanam rasa kasih sayang dalam hatiku dan hatimu jua,
Itu janji Allah, jika benar Cinta itu kerana Allah.
Maka biarkan ia mengalir mengikut aliran Allah
kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah,
Kerana hati ini mudah dibolak balikkan,
Serahkan rasa yang tak sanggup,
jadikan halal
pada pemberi pemilikNYA,
Biarkan Allah yang mengatur semuanya
hingga keindahan itu
datang pada waktunya...



Friday 20 May 2011

Ku tunggu Pinanganmu..

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Akhi..
♥♥Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahwa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi,kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
♥♥Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tau,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya karna pihak ketiga yang tak lain syetan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
♥♥Jagalah sikapmu pada kami,maka akankami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami,cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke ridhoan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridho pada kami. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
♥♥Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami,santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami,bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh,Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
♥♥kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kamiakan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..
♥♥Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami butuh imam yang bisa menjaga ke imanan,bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

♥♥Sungguh,kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tapi kami tak akan mengobral pesona kami hanya karna cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syetan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami,jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan memuntutmu untuk berbuat nista. Ijinkan kami menjaga hatimu,agar kita bisa menjelang bersama Jannah Nya.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

♥♥“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Karna kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru..!!
Maka katakanlah,kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya karna melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”

Wednesday 18 May 2011

Indahnya berpoligami kerana Allah

Alhamdulillah, semoga kita semua didalam RahmatNya.

Memang sesuatu yang jarang berlaku di dalam masyarakat apabila seorang isteri menyarankan kepada suaminya agar berpoligami. Dan sesuatu yang jarang juga berlaku apabila seorang gadis menyediakan dirinya untuk bersedia berpoligami.

Isteri menyarankan suaminya berpolgami bukan kerana mempunyai kekurangan diri, bukan kerana kehambaran berkasih sayang, tetapi kerana Allah semata-mata. Menyarankan suaminya berpoligami sebagai jalan untuk menambah amal. Menjadikan suatu ibadah yang bernilai disisi Allah SWT.

Bagaimana dikatakan sebagai suatu ibadah? Dengan mendidik hati dari sifat tercela yang memang menjadi fitrah manusia kerana kerja syaitan dan iblis, maka ini juga dikira ibadah. Pasti akan ada sifat cemburu, iri hati, hasad dengki, tamak, ingin menguasai dan sebagainya terjadi di dalam hubungan sesama manusia yang berpoligami.Maka jika segala sifat ini dapat dijaga, pintu-pintu untuk syaitan masuk ke dalam hati ini dipelihara, jadilah ia sebagai ibadah. Ibadah yang berkualiti , ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah.

Baik isteri atau suami, memang tidak ada sebab kenapa mahu berpoligami melainkan kerana Allah semata-mata. Hubungan kasih sayang yang intim,kehangatan dalam berasmara, kasih sayang yang utuh tanpa pernah ada curiga menjadikan sesuatu yang amat bahagia dan mengasyikkan didalam rumah tangga sedia ada. Sifat saling mempercayai, saling bekerjasama, bertolak ansur, bantu membantu menjadikan rumah tangga ibarat syurga. Maka dengan berpoligami,akan menambahkan lagi kebahagiaan sedia ada jika semua sifat di atas turut dididik dalam hati isteri itu nanti.

Dan sesuatu yang jarang berlaku, seorang gadis melihat keindahan poligami ketika dia belajar mendalami ilmu syariah Islam. Keinginan gadis untuk berpoligami bukan kerana dia bercinta atau mengenali lelaki tersebut. Keinginannya untuk berpoligami semata-mata melihat keindahan yang dipelajari dan diamalkan dengan betul menurut syariat Islam. Moga cita-cita gadis itu tercapai dengan bimbingan dan didikan pasangan suami isteri yang juga ingin melihat keindahan berpoligami.

Wahai tuhan yang memiliki Arasy yang tinggi, Engkau teguhkan lah hati pasangan suami dan isteri-isteri ini berada dijalan yang benar,mantap dan tetap menuju kepada MU.

dan buat isteri,   ini adalah doa dari ku buatmu..
 
 
 
Ya Allah!  Engkau lebih mengetahui hamba engkau ini! Perjuangan, jihad dan pengorbanan dia. Tetapkanlah dia didalam jalan kesucian Engkau sehingga akhir hayatnya.

Ya Allah!  Engkau Maha Mendengar rayuan dan tangisan dia setiap hari. Ampunkanlah semua kesalahan nyata atau yang tidak nyata daripada dia. Terimalah dia bagaikan bidadari syurga.

Ya Allah!  Engkau Maha Melihat kepatuhan dan kesetiaan dia kepada suaminya sebagai seorang isteri yang baik. Engkau telah berjanji akan persilakan isteri-isteri  yang solehah untuk memasuki Syurga dari mana-mana  pintu syurga yang mereka kehendaki.....Sesungguhnya Engkau Maha Menyempurnakan janji !

Ya Allah Engkau Maha Menyaksikan dia termasuk hamba-hamba  Engkau yang berpegang kepada pewaris Nabi Engkau. Tetapkanlah hati dia dan masukkanlah dia ke dalam golongan yang masuk syurga bertali-tali tanpa hisab!

Hai Tuhan Yang Maha Memenuhi Janji!

Allahu Akbar! WaLillahil Hamd!

Sunday 15 May 2011

Kisah BUNGA MAWAR

Suatu ketika, ada seseorang pemuda yang mempunyai sebuah tunas pohon
mawar.Diaingin sekali menanam tunas itu di kawasan belakang rumahnya. Peralatanmenanam, baja serta pasu untuk pohon mawar tumbuh berkembang dengan segera disiapkan.Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinaran matahari. Dia berharap, tunasnya ini dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya tunas pohon mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dijaganya pohon itu.Tidak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera dibuangnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah kelihatan putik bunga itu.Kelopaknya tampak mulai merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna.

Pemuda ini merasa gembira, kerja kerasnya selama ini mulai membuahkan hasil.Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Dia kelihatan hairan, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Dia menyesali akan mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini.Tentu,duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya.

Pemuda itu mula berkata dalam hati, "Mengapa dari bunga seindah ini, terdapat banyak sekali duri yang tajam? Tentu ianya ini akan menyukarkanku untuk menjaganya nanti. Setiap kali ku rapikan, selalu sahaja tanganku terluka.Selalu sahaja ada bahagian dari kulitku yang terguris. Ah....pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tidak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri penganggu ini."

Lama kelamaan, pemuda ini tampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya.Dia mulai tidak ambil peduli. Pohon Mawarnya tidak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan tidak bermaya. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun berguguran dan layu.

Jiwa manusia, adalah juga seperti kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat.Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Seperti taman-taman berbunga, sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, ramai dari kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh. Ramai dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak kedudukan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tidak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya perkara-perkara yang melukai yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk "menyirami" perkara-perkara baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tidak pernah memahami potensi yang kita miliki.

Ramai orang yang tidak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Ramai orang yang tidak menyedari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lainlah yang kadang harus menunjukkannya.

Jika kita dapat menemukan "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa
itu,kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita, akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan,ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri yang muncul.

Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang
ditawarkannya, adalah seperti ketenangan air telaga yang menenangkan
kerumitan hati. Mari, kita temukan "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tetapi janganlah kerananya membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan- tangan kita akan terguris dan terluka, tetapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa.

Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknyamemancarkan cahaya kemuliaanNya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh - kembangkannya di dalam taman-taman hati kita...


 

Wednesday 11 May 2011

UPGRADE bacaan AL-FATIHAH


Marilah bergembira dengan kegembiraan Rasulullah S.A.W. Apakah perkara yang membuat Rasulullah rasa gembira?. Banyak faktor yang mengembirakan hati Baginda S.A.W ialah nuzulnya surah al-fatihah.

Nuzulnya surah yang dinamakan Thab'ul Mathani, Ummul Kitab dan Fatihatul Kitab. Bukan sahaja gembira, bahkan baginda rasa bahagia, senang dan terhibur (Hidangan Al-Quran: DR A-IDH ABDULLAH AL QARNI)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id bin Abi Al Mu'alla, beliau menceritakan: Ketika aku sedang solat di dalam masjid Rasulullah S.A.W memanggilku, namun aku tidak menjawabnya. Setelah selesai (solat) aku pun menghadapnya dan berkata, " wahai Rasulullah, waktu Engkau memanggilku aku sedang melakukan solat". Maka Rasulullah, berkata: Bukankah Allah telah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu." (al-Anfal: 24)

Kemudian Rasulullah S.A.W melanjutkan sabdanya:
" Sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu, surah yang paling agung yang telah diwahyukan kepadaku sebelum kamu keluar daripada masjid". Manakala Abu Sa'id hampir keluar dari masjid, Rasullulah S.A.W mengajarkannya sural Al-Fatihah." ( Riwayat Al-Bukhari)

TIDAK SERIUS

Dikalangan umat islam, kelihatannya ramai yang tidak bergembira dengan kegembiraan Nabi S.A.W ini. Ini dilihat daripada sikap mereka yang tidak serius dan bersungguh-sungguh mempelajari surah Al-Fatihah yang agung ini. Bahkan, ia telah disyariatkan Allah kepada kita supaya membaca dan mengulangi di dalam solat fardhu lima waktu.

Hari ini, ramai orang yang solat dengan bacaan Al-Fatihah yang teruk kerana jahil mengenai makhraj huruf dan segala hukum berkaitan ilmu tajwid. Lalu, banyak sekali kesalahan-kesalahan yang besar dan ketara di dalam bacaan Fatihahnya.

FIKIRKANLAH. Apa yang terjadi bila yang rosak bacaan Al- Fatihahnya itu seorang imam yang memimpin dan menanggung solat orang ramai?? bukan sahaja solatnya sahaja yang tidak sah bahkan solat sekalian makmumnya juga turut serta rosak dan tidak diterima.

Inilah masalahnya bila kita tidak mahu bermuhasabah dan memperbaiki diri. Entah malu ataupun ego yang menjadi penghalang kita untuk meendah diri menuntut ilmu, bertanya kepada orang yang lebih mengetahui serta bersifat terbuka dan berlapang dada apabila ada orang yang mahu menegur bacaan dan memperbetulkan kesalahan kita??

Sungguh pelik, apabila kereta kita rosak kita ada masalah, tahu pula kita menghantarnya ke bengkel untuk dibaiki dengan kadar segera namun apabila bacaan atau pergerakan dalam solat kita bermasalah, tak mahu pula kita menghadap dan menghantarkan diri kita kepada guru-guru yang boleh membetulkannya.

Alangkah peliknya, apabila kita sering mengUPDATE laman sosial kita di internet serta tak jemu-jemu pula mengUPGRADE telefon bimbit dan komputer kita, tapi kita bermalas-malas, tidak minat, tidak bermotivasi dan tidak mahu mengUPDATE dan mengUPGRADE pemahaman dan penghayatan ajaran agama kita.

Sikap kita yang tidak serius mempelajari surah Al-Fatihah, memahami isi pengajarannya,mengelokkan bacaannya dan menghayati hikmat-hikmatnya, menjadi petunjuk jelas yang kita tidak rasa gembira dengan Ummul Kitab ini bahkan tidak mahu berkongsi gembira dengan kegembiran RAsulullah SAW. Inikah yang dikatakan keimanan dan kecintaan yang sempurnan terhadap Nabi SAW?

Marilah kita bergembira dengan surah Al-Fatihah yang mulia ini. Bila kita gembira, bersyukur dan mneghayati surah ini, maka bertambahlah kegembiraan Rasulullah SAW. ketahuilah, ketika turunya surah ini iblis meraung dan menatap pilu sekuat hatinya sebagaimana yang disebut oleh Iman Mujahid. Sudah tentu keagungan dan kehebatannya di sisi ALLAH S.W.T


Mari kita BERMUHASABAH DIRI

Ya Allah...Ya Tuhanku..
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas 
Aku hanyalah setitis air di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudra 
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi 
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit  
Aku hanya sebutir bintang kecil yang redup di samudra langit Mu yang tanpa batas

Ya Allah...ya Tuhanku
Hamba yang hina ini menyedari tiada ertinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi ...
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU 


Ya Allah...ya Tuhanku
 Baktiku tiada erti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sedar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini
Hati yang telah terkotori oleh noda ini memiliki keinginan setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???


Ya Allah...ya Tuhanku
Kami semua fakir di hadapan MU 
tapi juga kikir dalam mengabdi kepada MU
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku...
Ampunilah aku dan sudara-saudaraku yang telah memberi erti dalam hidupku
  Permudahkanlah urusann  mereka...

Mungkin tanpa kami sedari , kami pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturan qiyadah kami, bahkan terlena dan tak mahu tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami...
Ampunilah kami...
 Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU

 
Ya Allah...ya Tuhanku
Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak sentiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh zikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau....dalam maksiat kepadaMU 
 

Ya Allah, ya Tuhanku
Tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!
Dan kita tidak punya pilihan lain selain mengakuinya. Lalu  Ia mengatakan,”Wahai hambaKU, sungguh Aku telah menutupi dosamu itu ketika engkau masih di dunia, maka hari inipun Aku tutupi dan Aku ampuni ia.” ( hadist riwayat bukhari )

Dariku untuk saudara2ku yg dikasihi kerana Allah...Perbaiki diri dan serulah orang lain..
".....saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”  
(QS. Al-‘Asr[103]: 3)



 

 


Terimalah Ketentuan Allah BAIK ataupun BURUK

Perbendaharan qanaah tidak pernah kekeringan dan tidak memerlukan penjaga sepanjang masa

Allah S.W.T berfirman:
" Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali telah tertulis dalam ( Loh Mahfiuz) sebelum Kami menciptakannye. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. ( kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkang"
(Surah Al-Hadid: 22-23)


Allah S.W.T berfirman:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah: 216)

Ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada Qada dan Qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamba-Nya dan mengkehendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan di akhirat dan memberikan habuan yang cukup bagi mereka yang bersabar tanpa penghitungan. Hal ini, jika direnungkan, maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagiaan. Namun tidak semua orang kuat bersikap seperti ini:


 Berikut ini langkah- langkah yang perlu anda ambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat(baik):
  • Cubalah khayalkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang dialami
  • Cubalah khayalkan orang lain sedang ditimpa musibah yang lebih besar dari yang sedang dialami,
  • Pandaglah nikmat-nikmat yang diberi kepada anda tetapi ia diberi kepada orang lain
  • Jangan sekali-kali anda menyerah mendepani kegagalan yang berlaku sekalipun kedatangannya berupa malapetaka.
" Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan dan sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan"
(Surah Al-Insyirah: 5-6)

Pedoman Hidup

Cara yang paling berkesan untuk memberi kebahagiaan
kepada orang lain adalah menghadiahkan senyuman yang ikhlas
Tidak ada yang mampu menyingkapnya selain ALLAH
















Tuesday 10 May 2011

Seronoknya POLIGAMI..manisnya madu



Assalamualaikum apa khabar iman kita hari ini…? Tajuk yang ingin ana untuaikan di sini pada hari ini mengenai “POLIGAMI”… sudah pastinya tajuk ini tidak digemari oleh para wanita dan sudah pastinya paling digemari oleh kebanyakan kaum lelaki… Tapi sebenarnya apakah yang kita tahu apa itu poligami? Berapa ramai yang faham tentang POLIGAMI? Mungkin pada sesetengah wanita poligami merupakan sesuatu yang menjijikkan dan paling mengerikan.. tetapi tidak semua bukan? bahkan ada seseorang yang jantinanya 'WANITA' yang meminta  ana mengutarakan tajuk ini. Malah ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama berkaitan dengan wanita membantah poligami ini… wajarkah?

Tetapi cuba kita fikirkan sejenak, apakah pantas kita mencantas hukum ini demi membela atau menjaga hak asasi wanita? Apakah buruk sangat poligami ini sehinggakan kaum Hawa sangat jijik dan meluat apabila kaum Adam mengungkap perkataan itu?

Keharusan poligami sebenarnya jelas terkandung di dalam Al-Quran tetapi sesetengah umat tidak mahu menerimanya kerana menganggap ianya 'jerat di dalam kehidupan’. Islam merupakan satu–satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak. Malah masyarakat bukan islam menganggapnya sebagai sesuatu yang menindas kaum wanita… jadi renungkanlah sejenak wahai pemegang agama Allah ini, siapa kita untuk tidak mahu menerima poligami dan selayaknya apakah persamaan kita yang mengaku tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah?

Tetapi ana merasa amat hairan, kenapa kita mampu menerima kehidupan sosial yang tidak bermoral dan menyimpan wanita seperti ianya satu restu dari Allah SWT? Yang sah ianya diharamkan oleh Allah SWT? Poligami merujuk kepada maksud perkahwinan seorang lelaki dengan lebih daripada seorang isteri, ianya dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)
 
Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri.
"Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu."
Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.
Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, kita perlu berhati-hati.




SIAPAKAH GOLONGAN YANG LAYAK BERPOLIGAMI?
Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.
Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya.
"Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri,"

Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna.
"Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)
Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.
Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak). Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya.
“Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang. Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.
Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.
Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum.
"Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi, kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami. Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci.
"Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)
Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula. Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki 
Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.
"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."
Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.
"Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami..."
Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu…
Secara jelas... poligami perlukan keadilan. Jika kita tidak mampu untuk mengemudinya maka abaikanlah sahaja nawaitu itu walaupun pada niat asalnya ingin membantu golongan wanita. kerana pada saya taarif adil bukan sesuatu yang mudah untuk diukur kerana keadilan yang perlu dilaksanakan bukan sekadar peruntukan kewangan tetapi yang sukarnya adalah membahagi-bahagikan kasih sayang, secara adil mendidik isteri dan anak-anak, serta tidak membuat mana-mana pihak terasa hati.
Malang sekali kebanyakan suami yang mendasarkan kepada alasan poligami sebagai sunah Rasulullah, tidak pula mementingkan sunah lain dalam kehidupan harian. Malah, mereka lupa untuk mencontohi poligami Rasulullah dari segi sebab berpoligami. Jadi kepada siapa yang ingin berpoligami tu, harap-harap fahamilah apa itu maksud sebenarnya poligami dan apa yang disyariarkan oleh agama Islam, bukan kerana sunnah semata-mata. Jika sunah lain tidak dituruti jangan pula kita pandai bermain kata sunah

Lalu, apakah kita dapat kaitkan alasan suami berpoligami sekarang sebagai mengikut sunah Rasulullah? Apa yang menyebut sebagai untuk membantu janda, anak yatim, kesihan, tambah zuriat dan macam-macam lagi hanya alasan dibuat-buat. Persoalannya, berapa ramaikah kita mengetahui ada suami yang berpoligami dengan janda beranak banyak, lebih tua darinya dan hodoh pula...

Hakikat realiti sekarang, dapat dirumuskan lelaki berpoligami bukan mengikut sunah Rasulullah, tetapi mengikut nafsu, melainkan sedikit saja yang benar-benar mempunyai matlamat jelas selain itu. Paling ketara, suami yang berpoligami akan mencari isteri baru yang muda dan cantik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...