Monday 6 February 2012

Ada Jodoh tidak kemana


Adakah benar jodoh tidak perlu dicari kerana ia datang sendirinya? Bak kata pepatah, “ Ada jodoh tidak ke mana”.Bagaimana pula sekarang ini? Kita lihat ramai yang tidak kesampaian jodohnya sehingga ke akhir usia. Namun, jangan kita lupa ramai juga yang mencari jodoh tetapi jodohnya tetap tidak kunjung tiba. Perumpanaan ini begitu besar pengertiannya apabila kita perlu menyakini yang Allah jua yang memberikan takdir kepada hambaNya. Sebagai wanita sudah pasti sekiranya wanita yang mencari lelaki, ia kelihatan seperti perigi mencari timba. Apabila wanita yang terlebih dahulu memulakan langkah dalam mencari jodohnya pasti dipandang serong. Adilkah begitu??

Sememangnya kita perlu menyakini jodoh itu akan sampai kepada kita dengan cara yang baik dan bukannya dengan menjual maruah diri. Bukan dengan menjaja Cinta ke sana dank e sini. Jodoh akan datang tatkala Allah mentakdirkan pertemuan dengan pelbagai cara, situasi dan masa. Sekiranya kita sudah bertemu dengan jodoh yang dirasakan sesuai untuk kita, namun ada kalanya Allah menghalangnya pula dengan pelbagai cara.

Oleh itu,sebagai insan yang sering mendambakan keredhaan dan rahmat dariNya, serahkan jodoh kita itu kepada Allah dan serahkan kepadaNya. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh melanggar syariat Islam serta menjatuhkan maruah diri semata-mata hanya kerana mahu mengejar jodoh. Andai kata hati sudah berkenan,lakukan perkara yang sewajarnya dengan saluran yang betul. Bercinta dengan cara yang tidak halal dapat membawa kepada kemungkaran. Bagi remaja yang merasakan sekiranya belum berpasangan menandakan diri kita tidak hebat, itu pemikiran yang silap. Belajar dan kejar ilmu terlebih dahulu kerana sekiranya sudah sampai jodoh kita, ia tidak akan ke mana. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...