Monday 6 February 2012

Muhasabah Pencetus Keinsafan




Keinsafan lahir daripada hati yang ikhlas bagi berubah. Oleh itu, ia perlu ditetapkan dalam setiap perbuatan kita. Keinsafan juga adalah hidayah daripada Allah. Demi mendapatkan keinsafan ini, kita perlu beristiqamah dalam bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Manusia yang tiada keinsafan diri adalah manusia yang tidak pernah meletakkan dirinya dalam perhitungan kepada apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Dalam kehidupan sebagai manusia, kita sering sahaja terlupa dan tersasar. Oleh itu, adalah penting bagi kita bermuhasabah diri,menilai kembali,cuba mencari kelemahan diri lalu memperbaikinya supaya kita tidak mengulangi kesilapan dan kebodohan yang sama. Ia juga berupaya meningkatkan keimanan kita dan hidup kita pasti menjadi tenteram dan bahagia di bawah perlindungan,rahmat dan keredhaanNya.

Sememangnya usaha memperbaiki diri ini bukan perkara yang mudah. Ia menjadi sukar sekiranya tiada kesanggupan yang sebenar daripada dalam diri. Menjadi sensitif kepada diri dan apa yang kita lakukan membantu kita beristiqamah dalam bermuhasabah diri, kita perlu menghitung segala apa yang pernah kita lalui sepanjang perjalanan harian kita.

Tanya kepada diri anda semua,pada hari ini berapa banyakkah kebaikan dan kejahatan yang sudah kita lakukan?. Kita perlu takut kepada kejahatan yang pernah kita lakukan, manakala segala kebaikan yang pernah kita lakukan tidak perlu diingat dan seperti mengharapkan balasan serta riak dengan kebaikan itu. Oleh itu,kita pasti  berada dalam kerugian. Allah berkata "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa." Surah an-Nisak,ayat 36..

Salam muhasabah diri ye..^___^..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...