Wednesday 27 July 2011

Poligami –Hakikat berkongsi kasih.



Ramai gadis di luar sana yang kesunyian hati dan jiwa nuraninya kerana masih membujang. dari segi pembangunan insan dan kemaslahatan bangsa, agama dan negara pula, sebenarnya, anak-anak gadis ini perlukan perlindungan dari lelaki; baik berupa bapa mahupun suaminya.

sebenarnya, perlindungan atau naungan dari kaum adam ini adalah fitrah kejadian hawa itu sendiri. andai mereka bersendirian, tidak berada di bawah jagaan bapa atau suami, maka wanita mudah kelam kabut, tertekan dan mengharungi kehidupan dengan sukar walaupun mereka mampu.

Malangnya, betapa ramai pula lelaki yang sepatutnya memegang amanah pemimpin khalifah Allah di muka bumi ini merupakan insan yang rapuh dan tidak dapat dijadikan dahan tempat berpaut apalagi untuk bergantung.
lalu, ada masa dan ketika poligami yang dihalalkan oleh Allah menjadi jawapan kepada permasalahan ini. namun, betapa ramai juga para isteri yang cukup sensitif dengan isu ini. seolah-olah poligami adalah satu hukum Allah yang sangat zalim kepada para isteri.

Memperkatakan tentang poligami dan hal-hal yang berkaitan , rasanya takkan mungkin ada kesudahan. namun, hukum Allah tetap hukum Allah. takkan mungkin boleh diubah-ubah mengikut keperluan.

Salah satu sebab mengapa poligami ditentang hebat oleh para isteri adalah kerana gagalnya institusi poligami itu sendiri atas faktor-faktor tertentu. antaranya kecenderungan para suami pada isteri yang baru dinikahi hingga mengabaikan isteri sedia ada.

Namun, gagalnya poligami juga kerana ketidaksediaan suami memikul tanggung jawab baru dan telah biasa dengan isteri sedia ada yang faham akan karenah serta kehendaknya tanpa perlu melalui situasi serba baru yang kekadang memenatkan.

Terdapat kes yang melaporkan suami tidak berfikir panjang semasa menerima amanah baru dan menyangka yang mereka mampu menangani karenah dua isteri, malangnya, realiti keadaan tidak semudah yang disangka. lalu, peribadi suami yang tidak bersandar pada kekuatan keimanan sejak dari mula, tidak akan mendapat pertolongan spritual yang sangat diperlukan oleh para pemimpin, walaupun pemimpin pada diri sendiri apatah lagi mahu memimpin 2 bahtera.

Faktor wanita pula, baik dia isteri pertama, ataupun dia isteri kedua, hakikat mahu memiliki dan menguasai suami tetap wujud. yang pertama menganggap dia berhak, kerana suami itu miliknya dan menganggap yang kedua sebagai perampas. manakala yang kedua pula menganggap dia juga berhak kerana kalau suami tidak mahu masakan dia mencari isteri kedua, mesti terdapat kekurangan pada madunya. sangkaan sangkaan yang tidak wajar seperti ini juga merupakan faktor penyumbang kepada institusi poligami yang gagal.

Semua pihak, baik dia suami, isteri pertama mahupun kedua, ketiga dan keempat serta masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing.
suami perlu menyiapkan diri selengkapnya sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua rumahtangga dan perlu pula memiliki ilmu poligami andai mahu berpoligami. jangan sekali-kali melangkah masuk ke alam poligami andai ilmu dan keimanan kosong di dada. ibarat meyorong kepala untuk dijerut. bak kata pepatah, kalau tidak tahan dilambung ombak , jangan berumah di tepi pantai.

Isteri pertama pula, jangan sekali-kali menganggap suami itu sebagai hak kita. kita tidak memiliki suami kita, suami adalah nikmat yang Allah anugerahkan kepada para isteri. yang melindung dan menaungi kita dengan kasih sayangnya. ketaatan kita hak suami. dan syurga kita terletak di bawah tapak kakinya. keredhaan allah, datang dari keredhaan suami. mahu allah redha, maka suami perlu redha dulu pada kita.

ingatlah pesan rasul;
‘tidak aku berdiri di hadapan pintu syurga melainkan kulihat ramai yang lemah dan fakir di dalamnya dan  tidak aku berdiri di hadapan pintu neraka melainkan kulihat ramai yang kaya dan wanita di dalamnya.’ lalu tanya para sahabat; mengapa begitu ya rasulullah, adakah kerana mereka mengabaikan suruhan allah. 

jawab rasul; ‘tidak, kerana mereka mengingkari nikmat suaminya.’
‘barang siapa isteri mengatakan kepada suaminya, aku tidak pernah menerima sebarang kebaikan pun darimu, maka terhapuslah 70tahun amalan mereka’
isteri kedua pula, jangan mahu memiliki suami dan menganggap diri yang terbaik. sesungguhnya tidak jatuh pandangan allah kepada orang yang sombong dan allah hanya melihat pada hati hambaNya bukan pada yang lain.

Masyarakat pula tidak boleh memandang serong kepada orang yang berpoligami, adakah benar isteri pertama tidak tahu menjaga suami? adakah benar isteri kedua itu perampas kebahagiaan , adakah benar suami yang berpoligami itu gagal dan bernafsu besar?

Hakikat kebenaran bukan pada kita untuk menelahnya. bimbang salah telah., Allah pulangkan qada’ dan qadar pada kita. dan jangan banyak prasangka kerana banyak prasangka itu dosa.

Namun, walau poligami dihalalkan Allah, yakinlah tidak masuk ke dalamnya melainkan insan-insan terpilih. lalu, jangan sekali -kali dijadikan taqdir poligami sebagai penentu kebahagiaan. yakinlah orang berpoligami juga mampu bahagia kerana bahagia itu terletak di hati bukan pada orang, situasi dan sebagainya. hati pula milik allah.

Malah, betapa ramai perkahwinan monogami menemui jalan buntu dan akhirnya perceraian juga jalan penyelesaiannya.

Hakikat berkongsi kasih, walau nampak perit tetapi tukarlah keperitan itu dengan rasa bahagia. masukkan bahagia dengan kenyataan-kenyataan;
tidak Allah izinkan sesuatu melainkan itu yang terbaik untukku. mungkin aku tidak akan sedar betapa nikmat suami itu andai tidak berpoligami. aku banyak ‘take things for granted ‘ dan tidak tahu bersyukur.

Betapa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan setiap qada dan qadar itu telah tertulis untukku. dan setiap qada’ dan qadar itu pula pastinya akan ada ganjarannya. kalau tidak di dunia, di akhirat yang abadi.
semoga allah menjadikan dugaan ini sebagai pahala untukku dan semoga allah menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

moga dengan ilmu, hidup ceria selalu.

semoga bermanfaat...(^____^)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...