Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.
Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.
Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.
Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.
No comments:
Post a Comment