السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
“Dan   di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia  menciptakan untuk kamu   pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri,  supaya kamu cenderung dan   merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya  di antara kamu mawaddah dan   rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian  itu benar-benar terdapat   tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS  Ar-Rum [30]:21)
Dari    ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan    pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada    yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah    berkehendak lain dengan jodoh tersebut
Urusan   jodoh  memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang   mengejutkan.  Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian   kelebihan, tetapi  tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang   dipandang biasa-biasa  saja lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah   ditentukannya tetapi  bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya   usaha.
“Sesungguhnya    Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri    yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Menemukan    pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha    positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput    jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha.    Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam  mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk   melihat  pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata.    Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat    Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu    memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima    sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya    orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan    apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak  .
Bermunajat   pada Allah dalam sepertiga malamnya  memohon diberikan pilihan terbaik   dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam  memantapkan hati mengenai  jodoh   yang menjadi misteriNYA.  
Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah
Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat
“Ya Allah, Tuhan   yang Maha Memiliki  Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang   seluruh jiwa kami, Tuhan  yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan   jiwa-jiwa kami, ya Allah,  aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang   tidak mampu mengawal diriku  daripada fitrah seorang manusia yang   memerlukan teman, memerlukan  kekasih, memerlukan suami/isteri,   memerlukan keluarga.
Ya Allah aku    tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.   Ya  Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini   merupakan  sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku   Ya Allah,  terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan   mukminat  Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan   dengan  jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di   sisiMu  Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
 Namun Ya Allah, jika    masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka    Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku    memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku    tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku    Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha    Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku    daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah    aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara   yang  menyesatkan diriku Ya Allah. Amin
Jadi,   bagi yang belum  bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta   jemputlah calon jodoh  anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah  bahawa  Allah telah  menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan.  Mudah-mudahan  Allah  membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh  yang ditakdirkan.  Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan.


 
salam dari hati..
ReplyDeleteYa Allah...
andai hatiku ini tertaut dengan cinta,
jangan lah Engkau biarkan ia rapuh ditelan rasa terlalu bahagia,
kerna ku tak mahu kelak ku terase begitu derita...
Ya Rahman...
izinkan daku bertemu dgn insan yang mampu menjaga akhlakku,
menyuluh cahaya imanku,
mewarnai rindu jihadku,
agar ku tidak jauh dari jalan menuju cahaya cintaMu...
Ya Rahim...
ubatilah segala duka dan rasa suram ini,
semailah dengan sejuta benih rasa mahabbah cintaMu,
biarkan tumbuh warna bahagia di hamparan hidupku,
moga lafaz kata ini menjadi satu doa yang akan Engkau tunaikan...
Ya Rabbi...
aku seorang insan yang sentiasa mengharapkan redhaMu...
insyaAllah, aku ingin menjadi yang terbaik dalam hidupku...
menjadi yang sempurna kepada pemilik tulang rusukku...
moga bertambah kekuatan ku untuk mencintai diriMu..
dan juga kekasih hatiMu...
andai hati tertaut cinta...
ku pasrah dan redha dalam segala ketentuanMu...
Amin...